Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

Convert

Salam..


Saat ni, hujan rintik-rintik ku lihat di luar tingkap kamarku..
Angin bumi Perth ni sejuk dan damai je rasanya..
Embun jatuh satu-persatu daripada daun mempelam..
Comel sangat pokok pelam sebelah tingkap bilik aku ni :)

Lame...
Cukup lame..
Lame aku x constant berjemaah kat surau..
Aku terus leka dengan kerja-kerja duniawi.
Hidup sebagai pelajar, yang x penah lari daripada pelbagai kerja,
Ditambah lagi dengan diri aku sendri yang terlalu leka dengan arus moden,
Laman sosialnya, aku terlalu asyik dengan semua tu,
Ada orang asyik jugak, tapi time solat, dia berhenti,
Itulah silap aku T.T

Sampailah petang ni.
Waktu lepas kemas2 bahan-bahan bacaan untuk persediaan final exam semester 4,
Allah gerakkan hati aku,
Dengar je azan berkumandang, aku terus rasa nak jumpaNya kat rumah Nya.

Dalam perjalanan, aku terjumpa sorang kakak senior.
Kakak ni, baru je convert tahun ni.
Dia jumpa2 aku, terus bagi salam,
Tersentuh hati aku, dengan senyuman manis dia.

Waktu tu, dia paling awal datang surau,
Tiba-tiba hati aku terdetik,
hebatnya dia :'(

Dia baru je convert... tapi...


Dia datang surau paling awal banding Melayu Islam yang lain,
Dia solat berjemaah hampir tak pernah tinggal,
Waktu dia solat, hampir terdengar suara esakan dia mengadu pada Allah,
Bacaan solat dia jugak, hampir kesemua aku dengar dan lancar je bacaan..
Dia mendapat tentangan keluarga, namun gigih berusaha mencari RedhaNya.

Tiba-tiba terbit rasa malu pada diri sendiri dan pada kaum aku sendiri. 
Kaum yang paling selalu lantang melaungkan Islam dalam fb, twitter dan sebagainya,
Namun, bila pergi ke part berjemaah, ntah hilang ke mana :(

Tak tahu mana silapnya..
Mungkin hidup yang terlalu leka,
Yang buat kita semua alpa.
Malah,  
Mungkin kita terlalu bahagia dilahirkan sedia Islam,
Hingga terlupa untuk mensyukuri nikmat tu.


***mungkin kejadian ni, satu petunjuk dari Allah, untuk sedarkan diri aku sendiri.. dan semoga cerita ni, dapat beri pengajaran pada semua yang sedia Islam..

Hargailah 2 nikmat terbesar itu iaitu nikmat Iman dan Islam :') Alhamdulillah..

tertarik dengan 1 tweet yang sahabatku retweet :

"The one that really loves you will never try to control or change you"

But, when I care, I show it. sorry..
n, when I'm love someone, I can't handle myself to stop care about. 
Once again, sorry.. 

sincerely,
ME :'D  
 


 

Thursday, May 30, 2013

Jadi Wanita Ni...

salam readers:)
saya rase nak bg motivasi dan peringatan pada diri sendiri :)
rase nak bermadah sikit malam2 ni :)


Jadi Wanita Ni,
TAK SENANG, TAK SUSAH..
Jadi Wanita Ni,
kita yang corakkan, siapa kita dan bagaimana kita nak jadi.


Jadi Wanita Ni,

nak masuk syurga senang je.
Jaga 4 Perkara yang Nabi Muhammad p.b.u.h cakap,
dapatlah perform.
Pertama,
Jaga solat 5 waktu, saat wanita sibuk dengan dunia, solat jangan lewat2,
lewat macam mane pon, shopping ke, tgok wayang ke,
jangan jadikan alasan nak perform solat
jaga solat, sorga menanti.
Kedua,
Puasa Ramadhan,
memang perempuan selalu ABC tapi jangan pulak lupa ganti puasa2 yang ditinggal  tu,
Ketiga,
Memelihara maruah.
wanita boleh berani, tapi jangan terlalu berani sampai membuang ke tepi perasaan malu,
kerana, maruah wanita adalah yang terpenting sekali,
Maruah dan memelihara kemaluan itu amat berkait rapat yer anak2.
dan Keempat,
merangkap yang terakhir sekali,
menjadi isteri yang Taat kepada suami,
part ni, antara yang penting, kerana,
perkahwinan bukan hanya menghalalkan hubungan suami isteri sahaja,
tetapi sebagai satu platform yang mana, dengan taatnya seorang isteri kepada suami,
ia adalah suatu jalan menuju ke syurga :)
Jadi, lengkapkah kita untuk menjadi wanita penghuni syurga ?

Jadi Wanita Ni,

selalu kalah dengan mainan emosi,
(ni isu perempuan kuat layan perasaan)
perempuan kuat merindu,
kalau x dengar sehari kata-kata sayang daripada kekasihnya, dah syak dia x disayangi lagi,
perempuan kuat cemburu,
tengok orang lain ada anak anak banyak,
mesti nak berusaha dapatkan lebih banyak *ini penulis gurau,haha
cemburu di sini, membawa konteks dalam alam percintaan,
perempuan kalau dah cemburu, ditanya apa, semua x nak dijawab,
kalau tengah cemburu, muncung panjang ke depan,
siap boleh buat hanger baju pegi kuliah,
jangan salah tafsir dan salah guna emosi yang dah diberikan,kerana..
emosi yang banyak dalam jiwa wanita mempunyai tujuan kewujudannya,
di sebalik kesemua emosi ini,
menjadikan seorang perempuan itu bernaluri seorang ibu,
kerana, sikap mainan emosi, toleransi dan kasihan yang menbuak-buak ini lah ,
yang menjadi satu pelindung kepada anak2 kecil,
mangsa-mangsa marah berangnya seorang lelaki bergelar ayah yang letih pulang dari kerja,
emosi2 yang wujud ini jugalah yang menjadikan, suatu drma yang dilakonkan dapat dihayati.
Jangan salahkan jantina mengapa anda jadi emosi begini,
Emosi boleh dikawal dengan rasional yang ada,
Ya. itulah pentingnya rasional, jangan bersikap terburu-buru dalam MELAMPIASKAN RASA,
JADI WANITA KENA BANYAK BERSABAR
kerana, ketahuilah bahawa, lelaki berjiwa lurus, jadi, jika anda merajuk misalnya,
jangan terlalu mengharap akan ada yang memujuk,
akhirnya, anda akan memujuk diri anda sendiri :)
(diingatkan sekali lagi, ni bukan pesanan atau ingatan  tentang cinta cintun or so on.it's about WANITA)
selagi ia x perlu, jangan melebih2 dan mengada2 dalam bermain emosi,
kawal emosi, fokus minda, atasi kontroversi, dan teruskan perjalanan hidup :)
kerana lembutnya Sumayyah menghayun buaian, boleh juga menggongcang dunia **lirik nasyid

Jadi Wanita Ni,

Rajin itu menjadi asas seorang wanita.
penulis terjumpa 1 ayat yang buat penulis rase ia sangat2 kelakar. 
"Perempuan comel .. mata besar2 .. suara manja .. tak pandai masak .. yang dia pandai main twitter ..kahwin nanti suami dia makan lappy"
Ayat di atas, penulis jumpa di dalam laman twitter, waktu tu, kebetulan terbaca,
adik2 belasan tahun yang tulis ayat tu, walaupun ayat tu macam kelakar dan macam adik2 punya ayat,
tapi ia cukup mendalam bagi penulis.
Mengapa?? ayat terakhir tu buat penulis terfikir,
"adakah lappy boleh dimakan? ohh, tidak sama sekali :)"
haha, jadi, rajin tu sebenarnya kunci segala2nya,
memang ada orang kata " ala, memasak boleh blajar lah"
ok, ni memang penulis sokong 120%.
tapi, percaya x, bila penulis sendiri hadapi saat2 genting yang memerlukan keterpaksaan memasak di rumah,
apa yang dapat penulis katakan adalah,
TEORI SAMA SEKALI TAK BERGUNA WAKTU ANDA TENGAH PRAKTIKAL !
ingat dah, ok, fine, masuk santan pas dah kuar bau (teori)
time (praktikal) .. eh, bau apa ? tadi cam dah berbau . bau ape ? bau yang ni ke? hmmm, 
nampak ? banyak x persoalan yang menyesakkan minda anda ketika itu ?
jadi, berbalik kepada point "Rajin" dia atas, dapat penulis katakan,
jadi wanita, kena rajin, lau x mencuba, mana mungkin boleh pandai secara tiba2,
umpama buat "ting!" yang tbe2 boleh menghebatkan seseorang -.-'
kalau sekadar dok hafal menu itu, menu ini, dan x pernah pon nak mencuba,
serius,, usaha menghafal anda adalah sia2 
**kenapa tiba2 macam ceramah plak ni -.-" kat atas bermadah, huish,.,.


Jadi Wanita Ni,

kena pandai urus akal,
"Allah tidak memberi anugerah kepada manusia,
melainkan suatu anugerah yang lebih baik dari akal dan adabnya,
kedua-duanya adalah keindahan pemuda,
Jika tiada, maka kematian lebih baik untuknya" 
Ayat yang penulis petik daripada buku "77 Tip Melembutkan Hati Lelaki"
percayalah, akal yang tuhan beri tu, kena pandai guna,
adakah hidup kita sebagai pemuda dan pemudi hanya untuk terus dari bangun pagi,
menghadap komputer riba, diteruskan dengan bermain pelbagai 'game'
dan masa seharian dihabiskan sebegitu sahaja.
adakah ini realiti kehidupan anda?
haish, jadi wanita kena pandai urus akal,
gunakan kreatif yang dianygerahkan tu,
untuk menerobos bidang perniangaan misalnya,
saya mengangkat sahabat2 saya yang menceburkan diri dalam menjual shawl2 atau tudung2 misalnya,
apa yang dapat saaya katakan,
inilah wanita yang kita nak lahirkan !!
bukan yang hanya tahu makan masakan mak setiap hari ! *terkena diri sendiri :'(
cuba reflek semula diri kita,
sejaoh mana kita sebagai wanita,
berguna kepada orang sekeliling kita ?
adakah dengan ketiadaan kita, orang akan merasainya?
ataupun, orang lebih gemar jika tiada terus kita di sekeliling mereka ?
siapa kita ?
dan di mana kita berpijak ?
hidup sebagai wanita adakah hanya mahu menagih cinta lelaki ?
tanpa mahu berusaha sendiri membina keyakinan dalaman sendiri ?
Nampak, banyakkan persoalan yang belum terjawab.
ohh ! bangkitlah wahai wanita.
jadilah seperti seorangIBU
hadirnya disenangi, hilangnya dirasai
tiba2 ade wanita menjawab "tunggulah aku kahwin, nanti jadi lah juga ibu"
konteks "IBU" di sini bukan orang yang dah kahwin, ade anak, then dan berkeluarga,
"IBU" di sini, adalah..
yang bila mana, waktu dia x de di rumah, dah magrib pon, tingkap masih terbuka ,
sebab ape ? oh,, baru sedar, selama ini, ibu yang buka dan tutup tingkap tersebut.
tengok pinggan x terbasuh, sebab ape ? oh, baru ingat, selama ni, ibu yang buat.
SEE, betapa kecil isu buka tutup tingkap ini,
namun memberi impak yang sangat besar kepada orang sekeliling,
inilah yang kita panggil, WANITA HEBAT :')
wanita remaja, jadilah bakal2 ibu yang pandai urus akal, serius :) seruan ini, saya buka kepada diri saya juga.
**nota : Akal adalah pelita yang tidak kelihatan,hiasan yang tampak, pengatur diri, dan pemantau urusan seorang hamba. Kehidupan tidak diperbaiki tanapa akal dan urusan hidup tidak berjalan sempurna kecuali berdasarkan akal

 Jika tiada satu pon ciri di atas adalah diri anda, dan anda claim anda adalah wanita yang Daebakk ! maka boleh saya katakan anda maksum ~ mana mungkin manusia sempurna dan terlalu sempurna ? mustahil.
Jadi, walaupun tak semua di atas adalah diri anda, ambillah sedikit wadah ini sebagai pengubat hati yang lara.

tepat pada muka :") shoot~

p/s : jangan kuat sangat cemburu, kesian kat kawan tu -.-"

sincerely,
ME :D
*bilamana kita dah berjanji, insyaAllah, kita perlu tepati :)  
selamat malam wanita di seluruh dunia :) esok kena bangun awal siapkan nasi lemak untuk famili. oyeaah ~ 
 


Wednesday, December 26, 2012

Sekolah akan dibuka !

salam n selamat sejahtera readers..

cuti skola dah nak abes, dan, kelas PISMP sem 3 akan saya hadapi sem baru ini.
okai.. cam biase lah, nak masuk tahun baru, commonly, semua nak buat azam baru kan :)
azam itu, azam ini. dan azam bin ... oppss :) tu nama orang . kiki

baiklah, jadi, arini, saya dah senaraikan, Top 5 azam baru saya untuk tahun 2013 akan datang :) hehe

Berikut adalah azam  saya untuk tahun 2013 :


1) JADI BAIK,RAJIN, comel, AWESOME, TAAT DARIPADA TAHUN2 SEBELUM :)

ok, azam dah ade, kena tahu, ape yg perlu dibuat kan :) jadi,,
**nak jadi BAIK**
      - kena tolong orang selalu  -xboleh marah2 sangat  - banyak2 senyum :)   -ceria selalu

**nak jadi RAJIN**
      - pergi kelas awal   - siapkan homework awal  - rajin2 buat asignment  -tolong mak selalu kat rumah  -xlewatkan solat

**nak jadi COMEL**
      - wudu' selalu  - sentiasa senyum  -diet !! -pakai pakaian yg sopan  

**nak jadi AWESOME**
       - aktifkan diri dgan bersukan  - rajin2 jogging  - banyakkan g kuliah2 agama :)

**nak jadi TAAT**
      -  dengar cakap mak ayah  - x carik lain (motif? haha)  - banyak2 doa dapat jodoh soleh(hehe)

gambar dr fb saya :) saya, madi dan anis ^_^  *motif nak kate, otw nak jadikan diri cute. haha

2) TURUNKAN BERAT BADAN :)


  **sambil tulis point ni, tengah makan aiskrim =.=" penuh semangat !

ni antara favourite azam setiap tahun. haha. same je tiap tahun nak diet, tapi turunnya sikit aje.. 
nak kurus macam NURSOFINA MAHMUDIN !! haha -.-" 
memang mimpi la kurus camtu.. xpela, yg penting, nak turunkan sikit lagi. 
sebab, bila badan sihat, xla rase malas nak bangun tahjud ke kan.. 
serius besar dugaan org badan berat sikit dr org lain ni. rase malas selalu gak ade.. susah nak lawan nafsu tido, makin besar, makin besar nafsu makan, tidur dan sbgnya.. 
Jadi, WAJIB POINT NI!
**sem depan bertekad nak aktifkan diri balik dalam Puteri Islam dan kejohanan2 Hoki :) insyaAllah

Tuesday, December 25, 2012

Tips didik anak soleh dan solehah :)

♥ Tips mendidik anak soleh & solehah ♥

1. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

2. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

3. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna Ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya , ( kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka ) Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada Allah sentiasa.


sincerely,
ME :)
**copy daripada fb. dan nak simpan sebagai nasihat untuk diri ni bace selalu :)

Sunday, December 16, 2012

Sedikit perkongsian.

salam readers :)
Suami Isteri
Hubungan suami isteri dibina atas cinta dan rahmat. Ia tidak dibina atas selera seks semata tanpa rasa kasih dan rahmat. Tidak juga atas kehendak wanita yang mahukan nafkah dan tempat tinggal semata. Jika hanya atas selera seks, atau atas keperluan untuk makan dan pakai ataupun kepentingan yang lain tanpa ikatan cinta dan rahmat, kehidupan suami isteri tidak akan bahagia. Itu sebenarnya hubungan untuk mengambil kesempatan atas kepentingan tersendiri antara pasangan. Akhirnya ia akan melahirkan rasa tidak puas hati dan kebencian. Rasa cinta dan kasih simpati dalam hubungan pasangan adalah fitrah alam ciptaan Tuhan. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan rahmat (belas kasihan). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir”. (Surah ar-Rum, 21)

Sesiapa yang kononnya mencintai ataupun dicintai pasangannya hanya kerana kedudukan ataupun hartanya maka sesungguhnya dia sedang hidup di luar dari ‘natural design’ yang Tuhan tetapkan untuk kehidupan pasangan suami-isteri. Sesiapa yang disayangi kerana harta ataupun kedudukannya semata, hakikatnya dia tidak disayangi ataupun dicintai tetapi sedang dikhianati. Apabila kedudukan dan hartanya hilang, maka dia akan melihat kepalsuan kehidupan.
Maka isteri yang hanya mementing harta dan pangkat dalam hubungan, bukanlah isteri dalam ertikata sebenar. Dia tidak patut menduduki tempat ‘seorang isteri’ dalam kehidupan seorang lelaki. Isteri yang seperti itulah yang telah merosakkan reputasi ramai pemimpin dunia ini. Wanita yang seperti itu patut ‘dipecat’ dari kerusi isteri.
Begitulah juga jika sesiapa yang memiliki suami yang hanya mahukan seks semata, tanpa memberikan belaian kasih sayang. Tubuh diratah rakus, disetubuhi sepuasnya tapi dalam masa yang lain dimaki hamun, ataupun dipukul dan dihina semahunya. Lelaki yang seperti itu tidak layak menduduki tempat sebagai suami dalam kehidupan. Jika seorang wanita memiliki suami seperti itu, dia sepatutnya menggunakan peruntukan syarak seperti khulu’ dan fasakh agar lelaki seperti itu tidak hadir dalam hidupnya dan tidak lagi menjamah tubuhnya. Andainya ada pegawai yang menasihati ‘jangan minta cerai, sabar!’ itu menunjukkan dia pegawai agama yang malas membuka fail, ataupun jahil tentang tabiat penciptaan kehidupan yang Allah jadikan. Sabda Nabi s.a.w mengherdik lelaki seperti ini dengan menyatakan:
“Sengaja seseorang kamu memukul isterinya bagaikan hamba sahaya kemudian menyetubuhinya di waktu lain” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 ni sedikit perkongsian daripada blog yang paling saya suka iaitu blog DrMAZA .:)

sincerely,
ME :)
LOVE is without reason.

Thursday, December 13, 2012

siapa sebenarnya hakikat manusia.

salam readers..

ade bebrapa jam je lagi, nak masuk magrib untuk ari khamis, ari ni,
lepas masuk magrib, masuk lah hari yang paling semua umat Islam cintakan,
iaitu hari Jumaat :) hari yang penuh barakah..

dalam beberapa hari bercuti ni.. saya berfikir sejenak..
saya memerhatikan beberapa gelagat manusia di luar sana..
termasuklah diri saya sendiri..

apa yang dapat saya katakan, manusia ni, x pernah berhenti untuk menghakimi seseorang kan..
kadang2 saya terfikir.. adakah manusia itu sendiri mahu mengaku tuhan untuk menghakimi seseorang ?
apabila saya terfikir begitu, saya terus sedih. kerana, mgkin saya sendiri pernah menjadi orang yang suka menilai orang lain..

apabila saya mengetahui hakikat manusia itu sendiri, sebenarnya, semua manusia harus sedar,
tiada manusia yang sempurna dalam dunia Allah ni,Allah menjadikan manusia dgan pelbagai ragam dan karenah. 
Semua ini sebenarnya adalah ujian buat manusia, untuk mengukur bagaimana manusia lain menangani manusia2 seperti ini.

Misalnya, 
Apabila wujudnya manusia yang hodoh, adalah untuk menampakkan bahawa manusia lain adalah cantik..
Apabila wujudnya manusia yang jahat, adalah untuk menonjolkan manusia lain yang baik,
Apabila wujudnya manusia yang panas baran, adalah untuk dileraikan oleh manusia yang sabar,
begitu juga,
Apabila wujudnya manusia yang membenci, adalah untuk dikasihi oleh manusia yang penyayang..

Inilah yang dinamakan, saling melengkapi, bergabung, complement each other..
Suka saya untuk memetik ayat al-quran yang saya jumpa berkaitan dgan isu ini.

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi,dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan." (surah ar-ruum:22)

Dalam al-quran sendiri menyebut, manusia ni mempunyai kepelbagaian dalam penciptaannya, jadi, siapa kita?
yang mentah2 dilihat sebagai makhluk dan juga merupakan hamba hina di dunia ini.
Kita x da hak untuk menilai dan merendah2kan manusia lain..

Kerana, boleh jadi, manusia yang kita rendah2kan itu, adalah manusia yang lebih baik darjatnya di sisi Allah,kelak.
Jadi, sebagai manusia, marilah sama2 kita bermuhasabah diri kita, sama ada :

1) Adakah dalam hidup ini, kita banyak menilai manusia lain ?
ataupun,
2) Kita lebih sibuk bermuhasabah diri kita sendiri ? Renung2kan..

walau siapa pun aku , aku tetap hambaNya :')
 --> 12/12/12 (semalam) , aku peroleh keputusan pepriksaan ku. dan ia tidaklah sesuatu yang membanggakan.. suatu prestasi yang amat menurun.. tetapi, insyaAllah, akanku pupuk jiwaku untuk bersyukur di atas segala ketetapan ini.. Alhamdulilah, aku juga telah memulakan langkah percubaan dalam memulakan semua latihan kereta.. yeay ! makin dewasa <--->
sincerely,
ME :'D
**it's quite tiring when people keep judging**
so, I must to keep myself trust with the faith.. 


Thursday, November 22, 2012

Puasa Hari 'Asyura

Berikut ku sertakan tazkirah ringkas oleh Dr. MAZA tentang puasa hari 'Asyura. 
“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. 
Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;
Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. 
Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. 
Kita hamba Tuhan di persada masa.
عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية))
 رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.
sumber : copy dari blog lain2 juga
sincerely,
ME :)
**sharing is caring..
ilmu yg dikongsi, yg mana memberi kebaikan kpd org lain,
adalah mendapat tempat di sisi Allah,
insyaAllah jika mana ia adalah dihadirkan dgan keikhlasan :)
**ok, time to sleep, salam 

Cara Menangani Masalah Cinta

LAGI2 CINTA ? LAGI2 CINTA ??

 **amaran KERAS : utk 20tahun ke atas sahaja

(**post ari ni, tibe2 dpat idea melalui pemerhatian) 

-khas buat kawan2 yg dah "TUNANG" private :)-

lagi2 masalah cinta ? masalah common yg dihadapi oleh semua remaja,
hmm, penulis sering perhatikan, di mana2 pon, lagi2 cinta, love, hati, jantung..
di Hot Fm, "cinta x hengat" katenya, kat fb "quote of love" , 
kat tweet hashtag #Orangsayasayang, belom masuk instagram n sgala bagai IT tu.
x nafikan, CINTA adalah fitrah, malah mgkin penulis sendiri hadapi semua tu.
tapi, sedarkah kita, masalah cinta ni amat2 membawa kepada kebaikan malah sebaliknya.
**ok readers, jgan salah sangka k. post adalah untuk perbaiki SIKIT JE ape yg dah berlaku.

IT'S DEPEND ON YOU, HOW YOU CONTROL IT

masalah" yg dihadapi kebanyakkan WANITA ;

**jenis yg nak perhatian**
1) alaa. mana dia ni, nape x text (sms *ni bahase kebanyakan remaja)
2) dia x reply msg, mesti dia dah benci, x pon, dia dah ada yg lain ? :'(
3) awak, saya ada benda nak cerita ni, boleh  x kol skarang jugak ? kalau x, kita clash *gertak

**jenis yg rimas dgan perhatian**
1) pelase, i'm buzy rite now
2) alaa, laki ni ak guna je tok belikan makanan time2 ak lapar
3) tlong lah jgan komen kat TL fb or tweet ak, nanti org nampak la ~

masalah" yg dihadapi kebanyakkan LELAKI ;

**jenis yg nak perhatian**
1) awak, I x boleh tdo, buat I gmbira boleh
2) U, hantar lah gambar, I rindu, errr -.-"
3) awak, mak kite kate, awak cantik tau *serius mak dia xde pon ckap

**jenis yg rimas dgan perhatian**
1) kol nanti, I'm depending my fren rite now ! *realtiti= GAME
2)citer lah kat kawan pompuan U, I x paham Girlish2 ni, geli lah, huh
3) hmm. eh, bukan ke tadi dah anta text, x sampai yer ? sori Uchuk *xanta pon

Haa. nampak x semua permainan2 tersebut ?? saya x kate semua orang camtu,, masalahnya kat sini, masih ramai kat luar sane yg mgkin baru saje berjinak2 dgan hal ini.. Jadi, mgkin dapat saya sediakan beberapa gudline yg mgkin boleh kita ambik, kan ? kan? yer, saya x pakar, cuma idea je ade, apa2 pon, saya hanya niat berkosngi :) saya x pernah menolak bercinta atau pon menerimanya bulat2, It's depend on you how you think it.

1 je saya nak semua tanya pada diri..  

"APA MATLAMAT AKU DGAN DIA?" 

a)adakah niat suka2 sebab bosan
b)mgisi hati yg lara
c)insyaAllah kami serius ke arah perkahwinan
d)lain2 jawapan yg x dapat diluahkan, kena pkir dulu 
**ok, take u time before u answer it :)

Anda adalah betul jika anda seperti berikut :

 situasi 1 :
-bila mengetahui status hubungan anda-

**tidak berubah serta-merta apabila sudah mengetahui bahawa seseorang menyukai anda.
cuma teros menjaga hubungan baik itu, tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa, family kerana cinta sepatutnya sesuatu yg membuat anda kpd kebaikan, bukan sesuatu yg mnjadikan anda seorang yg suka melayan perasaan, touching x tentu hala..sebaliknya, anda  sepatotnya, patot bersyukur, mgkin anda dah nmpak hala tuju anda, jadi, whatchuwant anymore ? just prepared u re self, honey :) tiada yg berubah sebenarnya, ia cuma sebahagian drpd diri anda. ini bukan masa

situasi 2 :
- jaga hubungan dgan org lain-

**
1) Ibu bapa - jika anda rasa dah bersedia untuk berkongsi dgan ibu bapa, ada baiknya, lanjutan perkara itu kepada pengetahuan parents. walaupun anda tahu, ia terlalu awal, sekurang2nya, anda x perlu takut untuk mengaku bahawa anda sudah mempunyai hala tuju. Jadi, dgan itu ibu bapa akan rasa dihargai. "Apabila seorang anak willing cerita masalah peribadinya kepada parents, maka Ibu bapa tersebut adalah berjaya mendidik anaknya"-Majalah WANITA .
2) Sahabat - jangan pernah lupakan sahabat.. serius, walaupun anda dah ada comitment lain, tapi anda juga sepatotnya luangkan masa dgan kawan. masing2 ada life kan :) *alaa, semua org dah tau bnda ni, yela,yela, x ulang.hmmm
3) Saudara-mara - ada sesetgah saudara-mara yg kuat jeles, dan akan sntiasa mahu tahu tntag anda, jadi, macam mana anda tangani ?? caranya, istigfar dulu sebelom melampiaskan kata2 pada makcik @ sape2 lah.. kesian dia, mgkin niat dia baik nak tgur kita.. itu semua masalah hati kita.

situasi 3 :
-jika anda adalah peminat laman sosial yg tegar-

**zaman dah maju, teknologi berlumba2 nak ke arah zaman2020. ni antara kebanyakkan isu yg saya dengar drpd kawan2 saya. saya paham, apabila seseorang itu dilamun cinta, semua benda dia nak bagitau, semuany nak di share.ni kes yg TERLALU kerap ok, yg biase2 tu ok lah lagi. boleh runding. tapi kan, kalau  kita cerdik, cuba kawal sikit penggunaan perkataan "cinta", "love" n soon tu kat laman sosial, sebab ape ? bukan masalahnya kita,, masalah pandangan org.. memang orang cakap, jgan pkir apa pndangan org. tapi bukankah kita tidak elok menimbulkan fitnah ?  ok. ok lah.. nak buat jugak buat lah,, tapi.. kawal sikit k, sikit je ;)
  **OK< INI ISU SANGAT SNSITIF> hehe**

 situasi 4 :
- SIAPA SAYA SEKARANG ? -

**ok, ni paling penting,, jgan kerana cinta, kita obviously. ok sekali lagi diulang OBVIOUSLY dilihat berubah.. kalau berubah ke arah yg baik x pe,, ni masalah kalau OBVIOUSLY makin worst. 
kalau dulu ikot cakap mak ayah, lpas ada cinta, tipu mak ayah..
 kalau dulu makan dgan kawan2, lpas ada cinta kepit dgan si dia xde masa dgan kwn..
kalau dulu selalu solat sunat dhuha, lpas ada dia x smpat sebab nak reply msg..
kalau dulu selalu share soal2 tazkirah, lpas ada dia semua pasal cinta..
kalau dulu selalu main dgan adek2, lpas ada cinta bilik pon x nak keluar..
kalau dulu slalu join kejubus (bhs jawa kpd gtong-ryong knduri), lpas ada dia xkluar rumah..
kalau dulu zikir 100 kali sehari, lpas ada dia tasbih cuma hiasan je..
kalau dulu wallpaper laptop gmbar family, lpas ade dia gmbar penuh 1 folder dia je..

ada x salah satu drpd kat atas tu dihadapi oleh anda ? kalau ada, u have do somthing, sayang.. yg sebaiknya,

kalau dulu ikot cakap mak ayah, lpas ada cinta, lebih rjin tlong mak ayah*masak for future..
kalau dulu makan dgan kawan2, lpas ada cinta pndai bahgi masa *sebaiknya jgn kerap jumpe..jaoh tu ok jugak. kalau dekat tu, pndai2 jage iman n hati..
kalau dulu selalu solat sunat dhuha, lpas ada cinta..
selebihnya, pndai2 lah inversekan.. jgan inverse totally pon x pe. sekurang2nya, ada effort :)

Baiklah, apa yg saya cuba sampaikan sebenarnya, jadikan ia sebagai 1 hala tuju anda.
Sebab, everyone have their own love story..
Semua orang x same lukisan Ilahi tu.
Bila dah tahu siapa dia, byak2 kan berusah kpd kebaikan. 
Tambah skill2 hdup tu, ingat 1 je,, kalau selalu sangat, bosan nanti.
Tapi, it's depend on you lah kawal ia. ada org main game GARENA hari2 x bosan,
jadi, apa2 pon, suka hati lah mcm mana anda arrange sesuatu tu.. perbaiki mana2 yg patot.
Iman manusia ni turun naik. x sntiasa naik dan x sntiasa turun. kita bukan maksum..
 yg paling pnting, byak2 kan doa untuk ke arah itu :) semoga segalanya dipermudahkan ^_^

*** Jangan lupa improve SOLAT anda :) bukan masalah umur, kerana ilmu itu spanjang usia. cuba hafal erti bacaan dalam solat anda tu. Sebab apa ? apa2 yg cuba kita ulas pon, akhirnya mesti berbalik pada Allah :') SubhanaAllah.. **SOLAT ITU TIANG AGAMA**

memang mudah untuk menulis, membaca dan berbicara namun perkara paling sukar adalah WHERE AM I ?? -bukan hasil yg kita lihat, tapi usaha..
Buat yg x sabar nak jadi ibu :)
 semoga kita bukan mnjadi remaja biasa2, jadilah remaja yg sentiasa mnjaga hati .. ayuuh !!

sincerely,
ME :'D
I just try to motivated myself.
I hope all of this are not wrong..
Allah, walaupun picisan penulisan ku ini, aku harap, dapat menggerakkan beberapa hati sahabat2 ataupun diri aku sendiri. amin.











Monday, October 29, 2012

PETANDA

"kdang2, kita x pernah sedar, bila,kenapa, bagaimana seseorang tu, menjadi sangat penting dalam hidup kita, yg hanya kita tahu, dia WUJUD :D "


kehadirannya tanpa dipaksa,
mgkin, kita x pernah sedar pon..
apa2 pun, insyaAllah, selagi mana Allah menjaganya,
semoga setiap nama kekal dalam doa,hendaknya..

SAYA sayang semua mereka, Allah..

anak buah kesayangan, setakat ni, baru sorang ni,,skang dia dah 8 bulan , sayang dia

 sincerely, ME :D
**mood exam skang, slalu kena stay up study, huhu.
semoga segala usaha ini ada tempat di sisi Allah, insyaAllah

Sunday, September 30, 2012

WHAT TEENAGE NEED TO KNOW..

DEAR ALMIGHTY....


please hear me, Allah :') I just hope,, you can save my future-imam-to-be..I don't know who and when.. Even we are not meet yet or we are already meet and we did'nt know, I just hope, you will give us the best first meet.. and the best last ending . make us till Jannah :D *in the right time and the right way


**dugaan paling besar bagi jiwa, hati, Iman REMAJA adalah masalah CINTA.. susahnya nak jaga hati ni**


sometimes, I keep thinking... why ? how? who ? and when ? but, when I am realised that I am such wasted my time keep thinking about it, so I make a decision to just stand confidentally and say 

 "HEY SHASHA,relaks boleh x ? the time will come jugak,ok. haha, ok,ok" 
-just talking wif myself.. 

rindunya mereka :') tengah2 3 pagi ni, bila saya dok study UAK. rindu pada family,, sebulan lebih dah x balik rumah, :')
aku kena jadi bunga untuk pementasan senior nanti,, senior ade teater, dan aku jadi BUNGA :D wish us luck for this wednesday nite ^_^
 
**sometimes, when we are always and keep reading fairy tale love story,, we can't go through in the reality. so, don't LIFE in ur fantasy, fren !! Let's we make our own reality story :)



sincerely,
ME :D
**quiet jealous when saw my fren got their happiness. 
It's ok, I will wait :)
*ulang2 dengar lagu MAHLIGAI KASIH<< fav nasyid :)