Wednesday, November 21, 2012

Soalan EDU3103


BAHAGIAN A
(20 markah)

,
Jawab semua soalan.



1.         Berikut  adalah  maksud  Alam Belajar  bagi kanak-kanak, kecuali


(A)      keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat
           belajar

(B)      situasi belajar berdasarkan kepada hubungan guru-murid

(C)      pengalaman sedia ada kanak-kanak hasil daripada proses interaksi

(D)       satu keadaan yang bermatlamat kepada pencapaian tingkah laku positif



2.         Cikgu Hasan ingin mengembangkan kemahiran berfikir secara logik dan kreatif murid-muridnya.  Permainan yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut ialah


(A)      puzzle

(B)      mengayuh basikal

(C)      main ’Sembunyi-Sembunyi’

(D)      main congkak






3.         Berikut ialah kepentingan bermain,  kecuali


(A)         dapat  meluahkan idea, perasaan dan emosi

(B)         dapat menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya

(C)         dapat membentuk jati diri, keterampilan dan nilai murni

(D)         dapat mengalakkan aktiviti riadah demi untuk kesihatan diri



4.         Menurut model Ewell, prinsip pembelajaran melibatkan


(A)      hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan

(B)      penglibatan aktif, pembelajaran formal dan situasi mendesak

(C)      kesediaan diri pelajar sebelum pengajaran dan pembelajaran
           dimulakan               

(D)      makluman terhadap objektif pelajaran yang hendak disampaikan
           oleh guru



5.         Menurut pendekatan sosial, kanak-kanak secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian. 

Berdasarkan pernyataan di atas, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berbentuk


(A)         latih tubi

(B)         demonstrasi

(C)         bercerita

(D)         perbincangan secara kumpulan




6.         Bruner terkenal dengan pembelajaran konsep melalui proses pengkategorian.

Pernyataan yang paling tepat menerangkan pengkategorian ialah


(A)      pembelajaran berdasarkan kepada aktiviti penelitian data dengan
           melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan

(B)       membentuk hubungan yang akrab dengan rakan  berlainan jantina

(C)       membuat tranformasi dan pertalian antara dua situasi dan mula berfikiran logik

(D)       meneroka serta melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka


7.         Proses pembelajaran murid meliputi elemen-elemen berikut:

           Pemerhatian → Peniruan → Modelling → Pembelajaran Sosial

           Pandangan tokoh mana yang menyatakan tentang elemen-elemen
           pembelajaran tersebut?

(A)         Carl Rogers

(B)         Albert Bandura

(C)         David Ausubel

(D)         Wolfgang Kohler













8.         Pendekatan humanis melihat murid sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang.

            Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid kecuali


(A)      situasi pembelajaran

(B)      hubungan rakan-rakan

(C)      kecergasan pemikiran

(D)      penerimaan guru




Murid-murid belajar dan berkembang secara sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Oleh itu, konteks sosial memainkan peranan utama dalam pembelajaran murid-murid
9.       
          






           Pernyataan di atas adalah pandangan daripada ahli teori ____________


(A)      Sosial

(B)      Kognitif

(C)      Humanistik

(D)      Konstruktivis











10.      ”Pembelajaran dimulakan dengan guru persembahkan maklumat umum
           sesuatu topik sebelum memberikan contoh-contoh yang  khusus; dan
           kemudian barulah guru membincangkan topik tersebut secara terperinci.”     

Berasaskan pernyataan di atas, strategi pengajaran dan pembelajaran guru perlu

(A)         menggunakan bahan-bahan pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid

(B)         memastikan keperluan fisiologi murid telah dipenuhi

(C)         menerima murid sebagai insan yang berkeupayaan untuk belajar

(D)         memberi rangsangan sebelum memulakan pengajaran





11.       Model-model pembelajaran yang disarankan oleh Thorndike ialah

           
(A) inkuiri dan deduktif

(B) hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan

(C) inkuiri dan ekspositori

(D)       deduktif dan ekspositori
















12..

Langkah Pengajaran

Aktiviti
Mengenalpasti tajuk kajian
Adakah kanji dihasilkan semasa proses fotosintesis?
Merangsangkan strategi penyelesaian masalah
Kajian dilakukan terhadap daun hijau.
Mengumpul maklumat
Membuat eksperimen wujudnya kanji di dalam daun hijau.
Mengkaji dan menganalisis maklumat terkumpul
Membuat rumusan dan interpretasi dari eksperimen yang dijalankan.
Membuat rumusan atau generalisasi
Membuat rumusan dan merekodkan dapatan.

Berdasarkan maklumat  di atas, apakah kaedah yang telah digunakan oleh Cikgu Roslan dalam pengajaran dan pembelajarannya?


(A)         Eksperimen

(B)         Perbincangan

(C)         Inkuiri-Penemuan

(D)         Penyelesaian Masalah


13.       Matlamat utama pembelajaran kolaboratif ialah untuk memupuk nilai-nilai sosial dan kerjasama yang baik dan di samping meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid-murid ( Colen ).

           Bagaimanakah pembelajaran kolaboratif dapat memberi impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid?


(A)         Ganjaran positif terhadap murid yang mendapat markah yang
           cemerlang

(B)         Persaingan di antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif

(C)         Tugasan diberikan sama rata dalam kumpulan

(D)         Aktiviti pengkayaan yang mencabar kebolehan murid yang cerdas dan pintar

14.       Sikap berdikari secara produktif, kesedaran diri dan bertanggungjawab merupakan perkara utama yang perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara berikut, model pengajaran manakah yang boleh digunakan untuk
mencapai matlamat tersebut ?


(A)      Model Sosial

(B)       Model Personal

(C)      Model Behavioris

(D)      Model Pemprosesan Maklumat



15.       Menurut pendapat  W.H. Kilpatrik, anda mungkin merupakan guru yang tidak sealiran dengan beliau yang hanya mengutamakan pengajaran berpusatkan guru jika anda mempunyai sikap berikut


(A)      Tidak menggunakan sebarang model  pengajaran

(B)      Tidak merancang set induksi yang menarik minat pelajar

(C)      Hanya memberi perhatian kepada model pengajaran lansung
           sahaja

(D)      Memfokus pencapaian objektif pembelajaran semata-mata














16.       Berikut adalah jadual mengenai peranan guru dan pelajar dalam suatu amalan pembelajaran

Peranan Guru
Peranan Pelajar

- Pembimbing
- Belajar Secara aktif
- Sokongan psikologi
- Menggunakan budaya berfikir
- Menentukan hala tuju
- Menggunakan kemahiran
  penyelesaian masalah

           Situasi ini menggambarkan ciri pembelajaran

(A)      Bestari

(B)       Medatif

(C)       Kajian masa depan

(D)       Metakognitif



17.       Motivasi memberi implikasi positif terhadap perkembangan pelajar .  Antaranya untuk mengekalkan identiti dan hubungan interpersonal dalam suatu masyarakat.

           Antara berikut, pendekatan motivasi yang manakah memberi kesan terhadap sikap pelajar seperti di atas ?

            (A)       Pendekatan kognitif

(B)       Pendekatan humanistik

(C)       Pendekatan sosiobudaya
           
(D)       Pendekatan behaviorisme










18        Pemikiran divergen ialah pemikiran yang asli, berdaya cipta dan cepat memberikan tindak balas.

           Antara soalan-soalan berikut, yang manakah yang paling sesuai untuk menggalakkan pemikiran divergen ?


            (A)       Apakah iklim yang terdapat di India ?

            (B)       Apakah gunung yang tertinggi di dunia ?

(C)       Bagaimana terjadinya waktu siang –malam dan air pasang-surut ?

(D)       Sejauh manakah pencemaran-pencemaran berlaku di Malaysia ?




19.       Ahmad, adalah seorang guru yang menerapkan gabungan dua kekuatan iaitu harapan dan nilai dalam memberi motivasi kepada pelajar-pelajarnya. 

            Menurut pandangan tokoh-tokoh kognitif,  Ahmad menggunakan pendekatan


            (A)       Teori Atribusi Weiner

(B)      Teori Dissonansi Kognitif

(C)      Teori Kecerdasan Pelbagai

(D)      Teori Ekspektansi X Nilai














20.       Guru boleh membina pelan tindakan persekitaran pembelajaran yang kondusif berdasarkan kepada ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif.

Antara yang berikut, pilihan manakah yang merupakan iklim bilik darjah yang kondusif ?
           

I          Perhubungan yang saling hormat-menghormati antara guru
           dengan pelajar

II         Kerelaan pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik
           darjah

III        Perasaan kekitaan yang timbul antara pelajar-pelajar dan
           guru-guru

IV        Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menetapkan peraturan bilik darjah

V         Kewujudan situasi penglibatan pelajar aktif dalam aktiviti pendidikan


           (A)      I, II dan III sahaja

            (B)       II, III dan IV sahaja

            (C)      I, II, III dan V sahaja

            (D)      I, II, III dan IV sahaja
















Bahagian B
(40 markah)

Jawab semua soalan

Proses belajar melalui pengalaman langsung merupakan cara semulajadi   
manusia belajar. Ianya juga adalah bentuk pembelajaran yang paling
berkesan.

1.    (a)       Senaraikan tiga prinsip pembelajaran semula jadi kanak-kanak  mengikut John Holt (1995).

(i)            ________________________________________________
________________________________________________

(ii)          ________________________________________________

________________________________________________
                        (iii)      ________________________________________________
                                                  ________________________________________________
                                                                                                                     
( 6 markah )

            (b)       Jelaskan dua aspek sosial yang dianggap sebagai iklim sekolah
                        dalam Alam Belajar.

(i)            ________________________________________________

________________________________________________
                        (ii)      ________________________________________________
                                  
                               _________________________________________________


                                                                                                                      ( 4 markah )





           


Main mempunyai peranan besar dalam proses pembelajaran.
                                                
            …childrens have the right to rest and leisure; engage in age – appropriate play and recreational activities ( Akta kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1989).

2.    (a)       Senaraikan dua jenis main sosial
(i)        ________________________________________________
          
           ________________________________________________

(ii)          ________________________________________________
________________________________________________
                                                                                             

( 4 markah )

            (b)       Senaraikan enam kepentingan main kepada kanak-kanak.

(i)            ________________________________________________
________________________________________________
(ii)           
________________________________________________
________________________________________________
(iii)          
________________________________________________
________________________________________________
(iv)          
________________________________________________
________________________________________________
(v)           
________________________________________________
________________________________________________
(vi)          
________________________________________________
________________________________________________
                                                                                 
( 6 markah )



3.    (a)       Murid-murid dalam bilik darjah boleh berbeza dari pelbagai aspek.

                        Senaraikan empat aspek yang menunjukkan mereka adalah
                        berbeza.
                       
(i)            ________________________________________________

(ii)          ________________________________________________


(iii)         ________________________________________________

                        (iv)      ________________________________________________
                                                                                                                                
( 4 markah )          

            (b)       Jelaskan tiga implikasi perbezaan perkembangan individu terhadap
                        pengajaran dan pembelajaran.   

(i)            ________________________________________________

________________________________________________

(ii)          ________________________________________________

________________________________________________

(iii)         ________________________________________________

________________________________________________

                                                                                  ( 6 markah ) 












  1. (a)       Motivasi merupakan salah satu elemen yang penting dalam
menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang berkesan akan berusaha memastikan murid-muridnya sentiasa bermotivasi.


Jelaskan dua jenis motivasi.

(i)            ________________________________________________

________________________________________________

(ii)          ________________________________________________

________________________________________________

                                                                                  ( 4 markah )


            (b)       Berikan tiga strategi untuk merangsang pelajar bagi mewujudkan                        pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah.
                                                      

(i)            ________________________________________________

________________________________________________

(ii)          ________________________________________________

________________________________________________

(iii)         ________________________________________________

________________________________________________

                                                                                  ( 6 markah )                                    









Bahagian C
(40 markah )


     Jawab mana-mana dua soalan sahaja.


1.              Menurut J.B. Watson (1930), “ Beri saya satu dozen kanak-kanak kecil    yang sihat dan sempurna. Secara rawak, saya akan pilih seorang daripada bilangan itu. Kemudian tanpa mengambil kira bakat, kecenderungan atau etnik kanak-kanak ini, saya akan melatihnya untuk menjadi seorang doctor, peguam, seniman atau peniaga, bahkan seorang pengemis atau pencuri.”

Bincangkan kekuatan dan kelemahan Teori Pembelajaran    Behavioris berbanding teori-teori lain dalam menerangkan proses pengajaran dan pembelajaran.
         
                                                                     ( 20 markah )

                                                                                                          
                                                                                            
2.  Pedagogi bestari dapat mewujudkan satu persekitaran
    menyeluruh serta melahirkan generasi yang berfikiran tinggi.

    Bincangkan dengan ringkas jenis-jenis pengajaran pedagogi 
    bestari.

                                                                                
( 20 markah )


3.  Menurut ahli humanisme, manusia dilahirkan dengan  
     kecenderungan semulajadi serta keperluan untuk berusaha
     mencapai potensi yang optimum.


Huraikan strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk merangsang pelajar mencapai tahap kompetensi dan harga diri.


( 20 markah )

No comments: