Sunday, October 20, 2013

Convert

Salam..


Saat ni, hujan rintik-rintik ku lihat di luar tingkap kamarku..
Angin bumi Perth ni sejuk dan damai je rasanya..
Embun jatuh satu-persatu daripada daun mempelam..
Comel sangat pokok pelam sebelah tingkap bilik aku ni :)

Lame...
Cukup lame..
Lame aku x constant berjemaah kat surau..
Aku terus leka dengan kerja-kerja duniawi.
Hidup sebagai pelajar, yang x penah lari daripada pelbagai kerja,
Ditambah lagi dengan diri aku sendri yang terlalu leka dengan arus moden,
Laman sosialnya, aku terlalu asyik dengan semua tu,
Ada orang asyik jugak, tapi time solat, dia berhenti,
Itulah silap aku T.T

Sampailah petang ni.
Waktu lepas kemas2 bahan-bahan bacaan untuk persediaan final exam semester 4,
Allah gerakkan hati aku,
Dengar je azan berkumandang, aku terus rasa nak jumpaNya kat rumah Nya.

Dalam perjalanan, aku terjumpa sorang kakak senior.
Kakak ni, baru je convert tahun ni.
Dia jumpa2 aku, terus bagi salam,
Tersentuh hati aku, dengan senyuman manis dia.

Waktu tu, dia paling awal datang surau,
Tiba-tiba hati aku terdetik,
hebatnya dia :'(

Dia baru je convert... tapi...


Dia datang surau paling awal banding Melayu Islam yang lain,
Dia solat berjemaah hampir tak pernah tinggal,
Waktu dia solat, hampir terdengar suara esakan dia mengadu pada Allah,
Bacaan solat dia jugak, hampir kesemua aku dengar dan lancar je bacaan..
Dia mendapat tentangan keluarga, namun gigih berusaha mencari RedhaNya.

Tiba-tiba terbit rasa malu pada diri sendiri dan pada kaum aku sendiri. 
Kaum yang paling selalu lantang melaungkan Islam dalam fb, twitter dan sebagainya,
Namun, bila pergi ke part berjemaah, ntah hilang ke mana :(

Tak tahu mana silapnya..
Mungkin hidup yang terlalu leka,
Yang buat kita semua alpa.
Malah,  
Mungkin kita terlalu bahagia dilahirkan sedia Islam,
Hingga terlupa untuk mensyukuri nikmat tu.


***mungkin kejadian ni, satu petunjuk dari Allah, untuk sedarkan diri aku sendiri.. dan semoga cerita ni, dapat beri pengajaran pada semua yang sedia Islam..

Hargailah 2 nikmat terbesar itu iaitu nikmat Iman dan Islam :') Alhamdulillah..

tertarik dengan 1 tweet yang sahabatku retweet :

"The one that really loves you will never try to control or change you"

But, when I care, I show it. sorry..
n, when I'm love someone, I can't handle myself to stop care about. 
Once again, sorry.. 

sincerely,
ME :'D