salam readers :)
Suami Isteri
Hubungan suami isteri dibina atas cinta dan rahmat. Ia tidak dibina
atas selera seks semata tanpa rasa kasih dan rahmat. Tidak juga atas
kehendak wanita yang mahukan nafkah dan tempat tinggal semata. Jika
hanya atas selera seks, atau atas keperluan untuk makan dan pakai
ataupun kepentingan yang lain tanpa ikatan cinta dan rahmat, kehidupan
suami isteri tidak akan bahagia. Itu sebenarnya hubungan untuk mengambil
kesempatan atas kepentingan tersendiri antara pasangan. Akhirnya ia
akan melahirkan rasa tidak puas hati dan kebencian. Rasa cinta dan kasih
simpati dalam hubungan pasangan adalah fitrah alam ciptaan Tuhan.
Firman Allah: (maksudnya)“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan rahmat (belas kasihan). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir”. (Surah ar-Rum, 21)
Sesiapa yang kononnya mencintai ataupun dicintai pasangannya hanya kerana kedudukan ataupun hartanya maka sesungguhnya dia sedang hidup di luar dari ‘natural design’ yang Tuhan tetapkan untuk kehidupan pasangan suami-isteri. Sesiapa yang disayangi kerana harta ataupun kedudukannya semata, hakikatnya dia tidak disayangi ataupun dicintai tetapi sedang dikhianati. Apabila kedudukan dan hartanya hilang, maka dia akan melihat kepalsuan kehidupan.
Maka isteri yang hanya mementing harta dan pangkat dalam hubungan, bukanlah isteri dalam ertikata sebenar. Dia tidak patut menduduki tempat ‘seorang isteri’ dalam kehidupan seorang lelaki. Isteri yang seperti itulah yang telah merosakkan reputasi ramai pemimpin dunia ini. Wanita yang seperti itu patut ‘dipecat’ dari kerusi isteri.
Begitulah juga jika sesiapa yang memiliki suami yang hanya mahukan seks semata, tanpa memberikan belaian kasih sayang. Tubuh diratah rakus, disetubuhi sepuasnya tapi dalam masa yang lain dimaki hamun, ataupun dipukul dan dihina semahunya. Lelaki yang seperti itu tidak layak menduduki tempat sebagai suami dalam kehidupan. Jika seorang wanita memiliki suami seperti itu, dia sepatutnya menggunakan peruntukan syarak seperti khulu’ dan fasakh agar lelaki seperti itu tidak hadir dalam hidupnya dan tidak lagi menjamah tubuhnya. Andainya ada pegawai yang menasihati ‘jangan minta cerai, sabar!’ itu menunjukkan dia pegawai agama yang malas membuka fail, ataupun jahil tentang tabiat penciptaan kehidupan yang Allah jadikan. Sabda Nabi s.a.w mengherdik lelaki seperti ini dengan menyatakan:
“Sengaja seseorang kamu memukul isterinya bagaikan hamba sahaya kemudian menyetubuhinya di waktu lain” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).ni sedikit perkongsian daripada blog yang paling saya suka iaitu blog DrMAZA .:)
sincerely,
ME :)
LOVE is without reason.
No comments:
Post a Comment