Dakwah Street Perlis..
hampir seminggu lebih, baru ni ada masa nak update sambungan cerita dakwah street, Perlis.. Salam Maulidru Rasul (harap2 masih x begitu lewat utk wish)
selepas kami solat zohor berjemaah di atas, bangunan Unimap, area Kangar Perlis,
Kesemua kami, akhwat dan ikhwah bergambar sebagai memberi semangat juang sebelum pergi menyebarkan dakwah..
JUga sebagai kenang-kenangan untuk menyuntik semangat berjihad di kalangan para remaja itu sendiri.
wajah2 akhwat yg berkesempatan mengikuti program dakwah street,perlis #tempat solat bangunan atas UNIMAP |
Setibanya saya bersama ahli kump saya (izati,syabil dan syafiq) ke tmpat sasaran,
Jujur saya katakan, kami agak gentar untuk memulakan misi.
Lagi2 apabila kami melihat sekumpulan orang2 non-muslim yang sedang berehat2 di gerai sambil bual2 waktu tgah hari itu..
Akhirnya, setelah kami berbincang beberapa minit,
kami telah membuat keputusan untuk menyapa mesra sekumpulan golongan tua non-muslim itu,
Dengan berbekalkan beberapa dialog yang telah dihafal, kami cuba untuk aplikasikannya ke dalam situasi sebenar..
Antara perbualan kami,,
1) Aunty tahu x, ari ni cuti umum sempena apa ?
2) Aunty kenal x siapa Prophet Muhammad p.b.u.h ?
3)5 amazing about Prophet Muhamad p.b.u.h :
a- Prophet Muahmmad bukanlah orang yang menemui Islam pada mulanya
b- Prphet Muhammad bukan hanya untuk umat Islam, tapi untuk sekelian alam.
c- Prophet Muahmmad ajar tentang keamanan, cinta dan pertolongan
d- Prophet Muhammad merupakan Prophet yang terakhir
e - Prophet Muahmmad tersenarai antara yang berpengaruh dalam sejarah menandingi
Mother Teresa, Jesus, Gandhi, Nelson Mandela dan lain2 lagi
Apa yang pembimbing kami tekankan adalah, sekurang2nya, kami dapat menyampaikan serba sedikit mengenai Prophet Muhammad..
*****CERITA #1 aunty Indian*****
Saya ingin bercerita 1 daripada pengalaman saya ketika melakukan Dakwah Street tempoh hari,
saya sangat tertarik dengan seorang makcik India ni.. Dia sangat mengetahui banyak tentang Islam..
Beliau mengatakan bahawa, Pophet Muhammad sangat baik, suka kucing, kahwin dengan perempuan2 yang memerlukan pertolongan.
Pada saya, ia suatu ilmu yang cukup mengagumkan, kerana mak cik tu terang2 bukan beragama Islam, namun dia sendiri kenal bagaimana peribadi Rasulullah.
Tertarik saya dengan salah satu isu yang kami bincangkan. #ISU POLIGAMI#
Aunty tersebut seperti tertanya2 mengapa lelaki dibenarkan kahwin 4, masakan wanita tidak dibenarkan sedemikian. Isu ini adalah rentetan mengenai Prophet Muhammad yang mengahwini lebih daripada 1 wanita.
Saya dengan yakinnya, mengingati semula jawapan yang diberikan oleh Brother Lim ketika ceramah Perbandingan Agama di Masjid Hijau tempoh hari..
Ni antara aunty India yang sangat tahu dan faham mengenai Islam |
saya : Mesti aunty tertanya2, mengapa Lelaki boleh dibenarkan kahwin 4 kan ?
aunty : Ya, mengapa ?
saya : Sbenarnya aunty, ada sebab mengapa lelaki dibenarkan kahwin lebih daripada 1.
Cuba aunty imagine, aunty ni seorang wanita yang sangat popular. Jadi, suatu hari,
aunty kahwin dengan 4 orang lelaki. Sampai 1 hari tu, aunty mengandung.. Aunty
agak2, aunty dapat x tentukan siapa bapa kepada anak tersebut ???
aunty : *terus mendengar....*
saya : Berbeza pula dengan situasi jika 1 laki, 4 perempuan.. Kesemua anak yang
dilahirkan adalah menjadi waris/anak kepada lelaki tersebut. Inilah hikmah mengapa
POLIGAMI dibolehkan dalam Islam hanya kepada lelaki sahaja. Ini adalah bagi
mengelakkan berlakunya kecelaruan identiti anak yang dilahirkan.
Ni ahli kumpulan saya,,, Izati, Syabil dan Syafiq ketika sedang menyampaikan maklumat tntang Rasulullah kpd non-muslim |
*****CERITA #2 uncle Chinese*****
Isu #semua agama menekankan dan mengajak ke arah kebaikan..
Inilah yang diutarakan oelh uncle tersebut. Hinggakan saya, dan semua ahli kumpulan saya kelu hendak mengeluarkan hujah dan memberi pandangan..
X dapat dinafikan, kesemua agama mengajak ke arah kebaikan,
Malah, uncle tu, siap bagi kami ole2, buku Tzu Chi, iaitu buku Buddha yang merupakan kelab kemasyarakatan yang sentiasa membantu orang lain..
Persoalan ini masih tidak dapat dijawab oleh kami.. dan, insyaAllah, saya akan refer semula kepada Brother Lim dalam perjumpaan kami pada 6 Feb (Rabu) bagi sesi post-mortem..
Saya sangat berharap agar dapat merungkai bagi perosalan ini.
Bagaimana cara untuk menyakinkan mereka bahawa, tetap ada bezanya ??
Ohhh.. itulah anatara masalah2 yang saya hadapi sepanjang Dakwah Street Perlis dijalankan..
Ada juga, pekedai2 yang tidak menerima kehadiran kami dengan mesra,,
Terpancar wajah ketakutan daripada riak muka mereka..
Awal2 kami dah cakap "kami datang bukan nak jual ape2 produk" =.="
Ni lah ole2 yg kami dapat daripada sorang uncle, penganut Buddha yg tegar |
Kami yang baru hanya 3jam menyampaikan ilmu ni pon, rasa amat susah dan sukar untuk menyempurnakan misi ini..
Jadi, sebagai umat Nabi Muhammad, marilah kita semua mengamalkan selawat dan puji2an ke atas Prophet Myhammad, atas segala nikmat Iman dan nikmat Islam yang dapat kita rasai hingga ke hari ini..
Tiada kata terindah selain "ALHAMDULILLAH" ----> Segala puji itu baliknya pada Allah :)
sincerely,
ME :D
saat kita cuba jadi yang terbaik,
Allah akan hadirkan yang terbaik dan yang sedang berusaha menjadi yang terbaik juga.
Allah maha adil :) Usaha lebih, dapat lebih, Usaha sikit, dapat sikit ..
What u do, is what you get
2 comments:
keep it up!!teruskan kerja2 dakwah ini..moga tangan, mata, kaki, mulut menjadi saksi di hadapan Allah kelak...aminn Ya Rabb
SubhanaAllah.ana.doakan enti terus dalam jalan ini
Post a Comment