Wednesday, February 13, 2013

Saat Iman Ini Lemah

#Monolog hati

"Lemahnya Iman aku hari ini..
Semua yang aku lakukan,
Semuanya x menjadi,
Sedang remaja di luar sana,
Terus mendamba cinta sebagai Hamba,
aku masih tercari-cari,
di mana, erti cinta Hamba yang sebenar..

Lemahnya iman aku hari ini..
Aku terus alpa dengan dunia,,
Asaimen lecturer yang x putus tiba,
Sedang sejadah dibiar cuma,
diminta dipijak dan dicium selalu,
Dia cinta hakiki,
sedang ak begitu asyik mencari cinta duniawi :'(

Lemahnya iman aku hari ini,
x satu pon amalan khusyuk yg dapat ak laksanakan,
sedihnya aku :'(
adakah aku satu2 nya hamba yg x dapat merasai kemanisan iman ini ??
Tuhan, jangan kau jauhkan hatiku,
Dari fitrah hati hamba sebenar..

Lemahnya iman aku hari ini,
terlalu banyak memikirkan perkara yang negatif2
Terus rasa dibenci dan tidak disukai,
Hinggakan hanya Tuhan sahaja tempat yang tinggal.
Tinggal untuk apa ?
Untuk ak mengadu dan menangis.
Melepaskan segala sesak dalam diri dan jiwa ini..

Lemahnya iman aku hari ini......

:')
sincerely,
ME :')
**maaf kepada akhwat yang menanti post sambungan postmortem Dakwah Street tempoh hari,
saya belum ada kekuatan mengupdate ni,
insyaAllah, akan diupdate dalam masa terdekat..
Doakan saya kuat ya :')

2 comments:

Biasa-biasa. said...

be strong, sayang :) Allah sayang kita!

nini said...

betullllll....=D