Wednesday, May 29, 2013

Picisan hati

salam readers.
lame rasenya tidak mencoretkan tulisan di blog ni.
olaaa.. cuti sekolah bermula, maka, perancangan yg rapi seharusnya dibuat..
supaya cuti bermanfaat dan berfaedah..

cuti yang panjang ni, banyak yang saya belajar,
tapi pada diri ini, ia suatu yg cukup besar pada diri ini. banyak perkara yg buat saya sedar, 
dunia sementara ni, bukan hanya soal
"aku hidup nak berjaya, nak kerja hebat sahaja,
tapi, hidup ni sebenarnya banyak benda lagi yg perlu kita jelajahi sebenarnya. ia bukan hanya semata di dunia, tapi kita kena yakin wujudnya dunia di akhirat sana"

suatu yng nampak mudah, tapi, ada suatu yg lebih bernilai di sebalik kejadian tersebut.

antara perkara yg saya nampak, dan buat saya berfikir adalah :

1) adakah ilmu yg  dibaca, cukup saya praktikkan dalam dunia sebenar?? (Bacaan Buku)

Buku berkaitan psikologi manusia.
Cara membaca dan memahami manusia.
saya terfikir, misalnya, saya bace buku bertajuk "Berfikir Gaya Champion" oleh Hizamnuddin Awang,
banyak yg saya belajar daripada buku tu, cara kita belajar daripada kesalahan.
Belajar daripada keslahan.
masakan manusia tidak pernah lakukan kesalahan dalam hidupnya ?
teringat saya, sebelum benar2 saya pandai buat sambal untuk makan dengan nasik ayam, kerap kali saya gagal dari itu. jadi, saat nak mengalah tu, terus terfikir apa yang dibaca. :)
Dan, nak kupas sikit berkaitan buku "Teknik Berkomunikasi Supaya Lelaki Tidak Salah Faham"
Bahasa adalah pancaran peribadi seseorang.
Percayalah, kalau orang tu baik, masakan dia mengeluarkan kata2 kesat daripada mulutnya?
Konsep keterbukaan sangat penting dalam komunikasi, maka, jangan menguris hati sahabat :)

**Seruan buat diri sendiri : rajin2 lah membaca, sehari tanpa membaca, membuat kita rugi sehari dalam kehidupan kita, percayalah...

2) Kemahiran Hidup yang saya ada sekarang ni, cukup ke nak jadikan saya seorang dewasa?

Ni antara perkara yang paling selalu buat saya terfikir.. 
Kemahiran asas hidup yang sememangnya, bukan atas dasar teori semata,
namun, setiap kemahiran itu, memerlukan praktikal yang kerap dan perlu dicuba oleh pelaku itu sendiri.
ceh, ayat saya macam pakar plak an. haha.
xla, cakap camni, sebab, masa memasak, ganti kerja mak, banyak yg saya belajar..
selama ni, x pernah tau banyak camtu sekali, kerja sebagai ibu di rumah.
ingatkan ibu sekadar memasaka dan mengemas.
rupanya, terlalu banyak yang ibu lakukan sehari dalam kehidupannya.
walaupun baru hampir 2 minggu menggantikan kesemua kerja ibu di rumah,
dapat saya katakan bahawa, menjadi seorang ibu bukanlah suatu kerja yang mudah,
kita kata mudah kerana kita tidak melaluinya sendiri.
tapi, saya sangat bersyukur, kerana Allah memberi kesempatan kepada diri ini,
untuk memperbaiki segala kemahiran hidup yang bukan hanya pada teori dan buku semata.

**Seruan buat diri sendiri : hargai masa muda kita, isilah dengan perkara berfaedah, explorelah hidup selagi mampu.. jangan jadikan malu sebagai alasan untuk tambahkan kemahiran dalam jiwa masing2x..

nota kaki : cuti ni, saya dah belajar banyak masakan tau..rendang ayam, nasik ayam, masak2 basic dan macam2 lagi, ni semua tanpa emak di dapaur. yeaaay! alhamdulillah :)

3) Adakah ibadah yang kita perform, dah cukup conform buat kita masuk sorga?

**Tersentak 
Selalu terfikir, adakah dalam seharian ku, cukup untuk aku sentiasa memikirkan tentang islam?"
atau aku hanya memikirkan tentang kegembiraan hidup ak bersama orang2 tersyang di dunia ni?
Tak malunya diri ni :'( kenapa aku x melakukan apa2 untuk membalas segala nikmat yg dah pun Allah beri dalam hidup ni?
Seriously, sangat2, sangatlah sedikit yng dah dilkukan di dunia ini.
Sekadar bagi peringatan kat facebook, kat twitter, kat adek2, kat blog, 
adekah itu cukup nak kate kita dah membaca kepada ajaran Islam,
Shame on myslef :'(
"HIdup bukan hanya melihat berapa ramai yang terkesan dengan usaha kita, tapi.. berapa banyak yang dah kita usahakan??" 
Allah..part ni, sangat2 buat aku rase kerdil.. solat fardu masih lagi ade yang terlewat.
solat rawatib masih lagi x full.. 
rtak pelah, yang penting, ketahuilah bahawa, dalam setiap hari,
"Allah masih sediakan ruang dan peluang untuk kita teruskan beribadat"
Chiyo'2x ^_^ 

** Seruan buat diri sendiri : semakin banyak pesanan yang kita sampaikan, semakin banyak dugaan Allah akan beri. sebab, Allah nak tengok, adakah kita sendiri menjalankan ape yang kita pesankan..

4) Hubungan kita dengan manusia cukup baik. Adakah begitu juga dengan keluarga ?

Seringkali kita melihat ramai insan yang baik dengan kawan2. kakak2 senior.
dengan besfren love2, sayang2, muahh, dan sebagainya.
bagaimana pula dengan keluarga ? adakah sebegitu mesra perhubungan.
Jika Ya, baguslah, sebab, memang lumrahnya,
keluarga tu lebih hampir dengan diri kita,
SAYA SAYANG MAK SAYA !!! **tetibeee... heheh :) 
serius selalu jumpa orang yang macamni, 
cukup baik dengan kawan2, dengan orang lain,
tapi, dengan keluarga , MasyaALlah, nak cakap sayang pon malu..
tak dibafikan, secara psikologinya, remaja mempunyai tahap egosntrik yang yang tinggi,
namun, percayalah, dengan adanya Iman yang dikurnikan Allah,
kita mampu mengawal ego tersebut.
Sayangi keluarga selagi mereka ada di dunia..
*sambil tulis point ni, sambil marah adik yg sepak2 bola kena pintu bilik..
tengok? baru je pesan kat orang lain, saya dah pon melakukannya. haha
marah tanda sayang x pe, yg penting, jangan marah untuk lepaskan marah,, 
saya yakin bahawa, semua orang menghadapi perkara ini.. menyanyagi kawan2 sampai x nak berpisah.
tapi, bila dengan family, nak share rahsia pun malu, 
maka, inilah mentaliti yang perlu kita kikis dari sekarang lagi.

**pesanan buat diri sendiri : banyak2 belajar about parenting n psicology orf children, supaya tahu berkaitan perkembangan sosialogi remaja itu sndiri..   

5) Jadi remaja ni, memang selalu ada masalah cinta yer????

sebelum ulas, nak salahkan, novel2, drama2 yang wujud di luar sana -.-' pengaruh, pengaruh.
Ni isu paling malas nak ulas. sebab, terlalu banyak yang saya baca, mesti ada diselitkan soal cinta.
sampaikan, anak2 remaja yang baru belasan tahun, dah salah tafsir cinta tu sebenarnya,
cinta bukan hanya cinta, I LOVE U,
You care I, I care U, I follow U, U follow I.
I tulis status, U like and vise versa.
tak dinafikan, diri penulis sndiri kerap kali sesak bila dilanda "Kemarau CInta"
tapi tu lah orang kate, saat bercinta tu, semuanya indah belaka.,
jujur lah kata, banyak kali rasenya dah bace berkaitan cara nak kawal diri bercinta n soon,
tapi, memang x daoat nak halang hati manusia ni,, 
secara saintifiknya, manusia memerlukan cinta, dan kasih sayang,
malah, ni disokong sendiri oleh Teori yang diperkenalkan oleh ABraham Maslow,
iaitu Hierarki keperluan manusia, iaitu tingkat yang kedua, keperluan kasing sayang,
manusia x lari nak disayangi dan sebaliknya,
tapi tu lah, penulis pon x tahu nak ulas macam mana,

sebab, kisah cinta ni, merata-rata, di semesta alam ni, mesti ade perkataan "CINTA"
dan, samapai sekarang , saya terfikir, kenapa dipanggil "CINTA"???

mane dapat perkataan tu ? 
betulkan bak kata pakar bahasa, bahasa ni bersifat arbitrari iaitu bebas tanpa perlu ada sebab, mengapa dan bagaimana sesuatu perkataan itu wujud.

percaya atau tidak, sehari tanpa memikirkan soal cinta bukanlah manusia namanya.
cinta di sini bukan konteks jodoh semata, namun, cinta dan rase ingin dilindungi oleh ayah juga adalah cinta..

**pesanan buat diri sendiri : jika benar cinta berlainan jenis tu dah pon hadir dan sesuai buat diri ini, maka apa tunggu lagi ? adakah masa sekarang untuk beromantik2 ? tidak sama sekali, sekaranglah waktunya persiapkan diri. berbanyakkan ilmu di dada, supaya, kelak apabila situasi menghimpit jiwa, tahu penyelesaiannya.

PENUTUP : maka, apa yang saya fikirkan cuti ini adalah, setiap perkara tu, mesti ada kebaikannya, kalau tidak, masakan Pencipta menciptkannya? masakan lintah yang menghisap darah manusia juga kerana menghisap darah kotor kan :)

apa yang boleh saya katakan, "jagalah hati, jangan kau kotori"
 semua ini adalah pesanan buat diri penulis sendiri.
sebab tu, namanyam :picisan hati"  :')

tiada langsung memetik mana2 hadith mahupun ayat quran pada post kali ini, kerana, ini hanya picisan hati si penulis ~~~ persiapan bukan dilihat sebanyak mana kita membaca, menonton televisyen, membalas chat dan membalas msg, namun persiapan adalah merujuk kepada, sejaoh mana, kita dah abis "iron" "pakaian" kita untuk menjadi seorang remaja dan bakal dewasa yang matang ?

***MENULIS SAAAT DIRI BERPERANG DENGAN PERASAAN  RINDU YANG MENDALAM..

*jangan lihat siapa penulis, namun lihat apa yang cuba disampaikan melalui tulisan*

“The reward of deeds depend upon the intentions, and every person will get the reward according to what he has intended.”

 sincerely,
ME :D



No comments: