Friday, December 7, 2012

PERCUTIAN dgan keluarga :)

salam readers..

3,4 dan 5 disember yang lalu, saya bersama ahli keluarga pegi bercuti, kitorang g jale2 cari make kat Teluk Batik, hehe,, ape2 pon, biar gmbar describe lah eh ;)


Ni ayah, caer n ira, di tepi pantai, melihat kecantikan pantai :)

x nak ulas,haha

adek2 yg sangat aktif bermain ,

amboi, sonok main bola air, haha

happy betol amim ^_^

ayah n caer berebut eskrem, ira n mak tgok pemandangan :)

dalam keta, otw :)
baiklah, ni lah serba sedikit gambar2 sepanjang vacation :) ape2 pon, saya sayang keluarga saya :')

ayah selalu ingatkan dan amalkan beberapa tips kepada kami :

1) walau sesibuk mana pon ayah, ayah akan suruh kami solat berjemaah dgan ayah magrib paling kurang, kalau ayah pergi masjid, kami berjemaah perempuan2 je

2) ayah selalu ingatkan kami, walau belajar kat mane pon, paling penting, jangan ringan2 kan solat SUBUH, ayah sangat tekankan ini

3) sibuk macam mane pon, ayah dan emak, mesti tetap akan curi masa telepon kami 8 beradik,, walupun kami belajar jaoh2 dan kadang2 xde mase nak kol, ayah n emak yg kol :')

4) walaupun sesak macam mane, ayah akan kumpul duit, paling kurang, sekali setahun, kami tetap akan buat vacation.. sebab, kate ayah, percutian adalah salah satu cara merapatkan hubungan kekeluargaan..

5) yang paling penting, ayah tekankan pada kami, antara kami, jangan pernah ada rahsia. kongsilah bila ada masalah, sebab, kalau bukan keluarga, siapa lagi mahu dengar masalah kita

**InsyaAllah, saya akan sentiasa ingat pesan ayah dan emak :) ya Allah, aku sntiasa bersyukur kerana kau mengurniakan aku keluarga yang bahagia, happening dan memahami. alhamdulilah..semoga, satu saat nanti, bila aku sudah ada keluarga sendiri, akan ku bina bersama bakal zauj ku 1 keluarga yg dikelilingi rasa damai, keagamaan dan kasih sayang, insyaAllah :)

sincerely,
ME :D
when I love, I showed it.

No comments: