lama rasenya tak coretkan pada layar putih ini.
Kata-kata yang banyak terkunci, tersimpan dan tertutup rapi dalam pintu hati.
Hinggakan tidak sedar bahawa, ianya hampir melimpah,
meminta untuk dikeluarkan..
Tragedi Mac.
Suatu tragedi yang boleh ak panggil sebagai tragedi.
Suatu peristiwa hitam yang banyak mengajar aku erti menghargai.
22 Mac 2013,Jumaat
Hari akhir aku ber"SBE" bagi semester 3. Alhamdulillah, selesai SBE di Sekolah Kebangsaan Sawah Ring, Muar, Johor
23 Mac 2013,Sabtu
ALhamdulillah, aku gembira berada di rumah. berada di samping keluarga tercinta. dan, saatnya untuk ak berbakti di samping keluarga. Cuti Sekolah, Yeayyy !!!!
26 Mac 2013,Selasa
maghrib - emak mengadu sakit perut. Ayah terus membawa emak ke Hospital Gunwan, Sungai Besar.
malam - sepulang mak daripada hospital, mak nampak sangat lemah.. tak sperti keadaan biasa emak. Emak tak pernah lemah macam tu walaupun demam. Doktor memaklumkan, mak hanya sakit perut biasa
Saat tu, aku tertanya-tanya..
"Kenapa ni emak ? kenapa mak sakit tiba2? :'(" monolog diriku.
27 Mac 2013, Rabu
pagi hgga petang - aku menjaga emak yang kelihatan cukup lemah. Aku dan ira menjaga emak dengan linangan air mata. Mak tak pernah macam ni. Hinggakan, mak tak larat untuk berdiri ? Tak kan sakit perut tak larat nak berdiri ? Kenapa ni ? bertubi-tubi persoalan
11.30 malam - keadaan mak semakin parah. kami hantar mak ke klinik., namun mak kelihatan semakin parah, kami sekeluarga terus bergegas ke Hospital Sabak Bernam untuk menghantar emak ke Bahagian ICU. sat ini, ia sangat mendebarkan.
Sesampai di sana, doktor mengesahkan bahawa keadaan mak sangat kritikal. Kami sekeluarga terpinga2. baru sahaja semalam mak sihat. mak masuk Zon Merah.
02.00 pagi - sekeluarga menanti dengan penuh sabar. Kami berganti-ganti untuk melihat keadaan mak di ZOn Merah. Mak seakan-akan separa sedar. Kami bergegas memaklumkan kepada 2 orang abang yang berada di UTP, Tronoh Perak dan yang berada di Subang.
03.00 pagi - Abang UTP sampai. Terkejut. Saat ini, sangat hiba, sebab doktor kata, kami perlu pasrah. Waktu ini, paling tak dapat aku lupakan. Kami sekeluarga terus mencari surau. Saat ini, kami semua tidak kuat. Emak segala-galanya pada kami. Cari baju pun, mesti tanya emak. Saat itu, kami tak dapat terima hakikat seperti apa yang diperkatakan oleh doktor.
03.30 pagi- Kami sekeluarga mendirikan solat hajat di surau hospital. Waktu ini, hanya bunyi tangisan dan sendu sedan yang memecah keheningan malam. Jujur, ia sangat perit.
Bertubi-tubi ayat keluar daripada mulut ayah. Ayah ajak kami untuk Redha andai apa-apa yang berlaku. Kami sekeluarga sangat sedih. Aku tak dapat menahan air mata melihat adik bongsuku yang selama ini tak kenal erti sedih, menangis tanpa henti. Kewibaan sebagai kakak malam itu sangat menguji diriku. Allah !
Kami hanya dapat melelapkan mata sebentar2 di kerusi besi yang sejuk ditambah dengan kedinginan malam. Terasa hingga ke dalam isi-isi tulang.
28 Mac 2013,Khamis
*hari jadi adik bongsu, Shahir. Emak ada janji sbelum ni nak buat sambutan untuk adik :')
06.00 pagi - Sekeluarga keluar sebntar untuk mengisi perut
07.00 pagi- Aku dipilih untuk menjadi waris yang akan menaiki ambulans. Emak akan dihantar ke Unit ICU hospital Besar Klang.
Perkara yang paling tak dapat aku lupakan. Sepanjang perjalanan yang hampir 1 jam setengah itu. Dengan kelajuan ambulans yang menakutkan dan bergegar-gegar. Aku dengar emak mengerang kesakitan di samping nurse. Saat itu, aku tidak dibenarkan duduk di bahagian belakang. Aku hanya dibenarkan duduk di sebelah pemandu. Teringat aku dialog aku dan pakcik tu
"Pakcik, bawa selamat ye ambulans ni. Nyawa mak saya perlu diselamatkan"
"InsyaAllah dik. Sabar yer"
Sepanjang perjalanan itu, mulutku tak henti-henti membaca surah Yaasin. Waktu ini, aku lihat pentingnya surah Yaasin, Mathurat yang ada dalam perisian Handphone ku. Tak sia-sia ia diinstall. Titisan air mata turun dengan laju.
Saat tu, aku tahu, aku hanya ada Allah. Hanya Allah yang menentukan segala2nya.
08.30 pagi - Mak dimasukkan ke dalam ZOn Merah. Waktu ini, aku keseorang di Hospital Klang. Keluarga ku yang lain sedang memasukkan pakaian2 emak dan bersiap-siap perkara yang perlu dibawa.
Sungguh, aku seorang ? memang tak kuat. Dengan soalan bertubi-tubi yang doktor kemukakan. AKu cuba menjawabnya dengan tenang.
03.30 petang - Mak ditempatkan di wad ICU Hospital Besar Klang. Mak dipengsankan.
05.00 petang - Waktu ini, barulah semua ahli keluarga dibenarkan masuk melihat emak. Waktu ini, semua tak dapat menahan air mata. EMAAAAKKKKK!!!! mulut mak berdarah-darah, banyak wayar di hidung, mulut, tangan dan kaki mak. semua wayar tu berselirat. Dan, keadaan ini tak pernah kami jangka. Emak tak sedarkan diri. Doktor mengesahkan bahawa, ada kuman merbahaya iaitu E-Coli dalam darah mak.
Jadi, mak perlu dipengsankan untuk menjalani Dialysis.
Dugaan Allah secara tiba-tiba. dan terlalu cepattt. Allah :'(
Malam - kami tak dibenarkan tggu emak di hospital. Jadi, kami perlu pulang ke rumah. Dalam perjalanan tu, semua tak lelapkan mata. Malah, ayah kelihatan sangat lemah. Saat ni, perangaiku yang selama ini tak pernah serius, serta merta berubah menjadi seperti seorang ibu. Aku tahu, aku perlu kuat untuk yakinkan 5 orang adikku bahawa emak tak apa-apa. Lebih2 lagi adik bongsuku yang sangat manja dengan emak. Kami saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.
29 Mac 2013,Jumaat
Keadaan emak masih kritikal.Kami melawat mak. Berganti-ganti membaca yaasin kepada emak. Kerana, sekali melawat hanya dibenarkan 2 orang sahaja yang masuk.
Waktu cuba panggil nama emak di telinga emak, tangan mak seperti bergerak-gerak.
Yang paling tak dapat aku lupakan, saat adik bongsuku menjerit emak di telinga emak, hearbeat emak meningkat sangggaaaaatttttt ! dan menunjukkan suatu yang positif.
Malam tu, kami mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah kami di Sungai Besar kerana agak jaoh daripada hospital.
Jadi, kami tinggal di rumah abang sulung di Putrajaya.
Waktu tu, 3 musibah yang berlaku kepada kami sekeluarga.
1) Kereta yang dipandu ayah sesat dan tak dapat mencari kereta abang sulung
2) Sekeluarga tersangkut dalam lif yang tiba-tiba sahaja overload (haha. tergelak sekajap. sebab, waktu ni, memang kelakar.. 1 keluarga nak jugak masuk 1 lif yang sama!!!)
3) Kunci rumah abang sulung hilang
waktu ni, kami semua duduk di luar rumah dan sama-sama baca Yaasin. Sungguh. Allah benar-benar mahu kami insaf mungkin. Diturunkannya bertubi-tubi dugaan kepada kami sekeluarga yang saat tu masih risau dengan keadaan emak.
Namun, akhirnya, kunci rumah dapat jumpa yang berada dalam beg salah seorang daripada kami sewaktu kekalutan terjebak dalam lif saat itu.
31 Mac 2013, Ahad
Nak atau taknak, berat macam mana pun hati ini, aku tetap perlu pulang ke IPG Perlis. Saat ini, aku sangat risau dengan keadaaan emak. Ditambah lagi dengan keadaan adik-adik ku. dan ayah ku. Aku, dan 2 orang abangku perlu balik ke U dan tempat kerja masing-masing. Aku sangat risau dengan keadaan ayah saat ini. Semoga ayah kuat.
1 April 2013, Isnin
Hidupku di Maktab tak seceria selalu. Hari-hari aku menangis. Cerita sikit, nangis. Orang tanya sikit, nangis. Mungkin aku ni lemah. dan. aku terlalu risau. Tiap hari di surau, tak henti-henti aku meminta sahabat-sahabat membaca yaasin agar emak sedar dan sihat. Hatiku meronta-ronta untuk pulang. Seminggu itu, jujur aku katakan, hatiku di hospital, bukan di maktab. Minggu Air Mata.
2 April 2013, Selasa
Ayah call aku. Emak dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atas bantuan bapa saudaraku yang meruapakan salah seorang doktor. Suatu usaha yang baik. Alhamdulillah
3 April 2013, Rabu
Abang call, emak dah sedarkan diri. Ya Allahhhhh !!!! Alhamdulillah. suatau yang baikkk !!!
Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya saat itu. Rasa macam waktu tu jugak nak fly balik Selangor tengok emak dah sedar. Abang callkan, dapat dengar suara mak yang masih lagi bergantung pada bantuan pernafasan. Tapi, itu cukup, cukup, cukup, cukup puas pada diriku. Alhamdulillah..
Emak yang sangat kuat !! :') |
5 April 2013, Jumaat
Perjalananku dari Kangar terus ke hospital. Langsung tak singgah rumah. Sebab, memang niat balik Selangor nak jaga emak. Jadi, dapat jaga emak selama 3 hari 2 malam. Sampai ahad. Yaeaaaaaayyy !!!!
Waktu ni, sedih dan sayu. Tapi, cukup gembira.
Keadaan mak waktu ni, xdapat nak cuci sendiri, x dapat nak mandi sendiri. Semuanya, perlu bantuan orang lain. jadi, aku sebagai anak perempuan, memang bertanggungjawab untuk membersihkan emak. Tibe2, terbayang macam mana lah keperitan emak masa menjaga kami 10 orang anak ni waktu kecik-kecik. Gagahnya emak. Tabahnya emak.. Mak tak pernah rasa geli dan jijik untuk membersihkan anak2naya.. Saat di hospital, waktu ni lah, waktu yang paling syahdu. dan, banyak menginsafkan aku. Aku belajar menghargai emak yang sangat banyak membantu kami. Allah. Yang penting, mak dah dapat pun sedarkan diri :) Alhamdulillah.
waktu ni, mak dah lama sangat x keluar dari wad. Jadi, aku bawak mak keluar jalan2.dengan adikku , Ira |
Begitulah berlalunya sebulan hidup emak di hospital.. Hampir setiap minggu, aku cuba usahakan untuk pulang dan menjaga emak pada hujung minggu. Nasib baik, adikku lelaki yang UITM Melaka sedang cuti waktu itu, jadi ada yang menjaga emak di hospital.
3 - 7 Mei 2013, Jumaat -Selasa
Waktu ni, aku masih dalam tempoh study week untuk final exam semester 3
Gembira, sebab dapat stadi sambil tengok muka emak.
Yang paling aku tak dapat luapakan adalah, aku stadi kat tangga katil hospital. Haha,.
dan, setiap malam, aku tidur lantai beralaskan selimut. Tapi, ia sangat menyeronokkan.
Yang penting, aku dapat tengok emak depan mata aku setiap hari.
meja stadi yang diperbuat daripada tangga katil pesakit, dan tempat tido setiap hari :D |
AYah pula, terus dengan menjaga adik-adikku. AYah sangat tabah.. Ayah tak tunjukkan yang ayah lemah. Saat2 kami nak menyerah, ayah kuatkan kami. Walhal, ayah yang sepatutnya paling lemah. Sebab, ayahlah orang yang paling hampir dengan emak iaitu suaminya. Tapi, oleh kerana kewibaan seorang ayah, ayah menjaga kami dengan baik. Ida sayang ayah !!!!
11 Mei 2013, Sabtu
Alhamdulillah, ayah msg, bagitau kat semua, EMAK dah discharge daripada hospital. Alhamdulillah, hampir 2 bulan mak kat wad. dan, ulang-alik ayah daripada rumah ke hospital yang jaraknya hampir 2 jam setengah daripada rumah. Tapi, takpa, segala ini, mengajar kami erti menghargai.. Alhamdulillah :')
lama jugak emak bercuti daripada mengajar. sampai 8 September
8 September 2013, Isnin
Malam - mak kol, mak cakap, 9 September, Isnin, mak akan ke sekolah semula.
Waktu tu, aku risau sangat. sebab, kaki mak belum betul-betul baik. Mak cakap, mak akan ke sekolah memandu kereta semula.
Mula2, memang risau, tapi, alhamdulillah, mak dah ke sekolah semula pun, dah buat aku gembira sangaaaaattt2222 !! :')
SEKARANG , 17 Oktober 2013, Khamis
Alhamdulillah, kisah yang hampir setahun perjalanannya, tahun ini, banyak mengajar aku erti kasih sayang kekeluargaaan.
Yang banyak mengeratkan hubungan kekeluargaan kami.
Adik beradik ku iaitu,
Mohd Sharin,Mohd Shazwan, AKU Nor Shahida,Mohd Shazmi, Mohd Shamim, Mohd Shamir, Nor Shahira dan Mohd Shahir. yang saling bergantung antara satu sama lain, dalam mengaharungi dugaan Tragedi mac ini.
dan, alhamdulillah, baru-baru ni, kami dah dapat anak buah yang kedua. Muhammad Sayf Shamel namanya. cucu hero kedua. makin ramailah geng lelaki dalam keluarga ni. Tapi, walau apa pun yang terjadi, aku gembira. dan aku hargai segala kenangan ini. Kerana, aku cinta mereka sampai bila-bila.
Semoga, kami semua berjumpa di Syurga kelak. amiiiinn....
Keluarga susah senang kami. Saat mak baru mula2 sembuh dan menceriakan aidilfitri tahun ini. Alhamdulillah |
"Hargailah ibu bapa kita, kerana mungkin sihat mereka hari ini, tak pernah kita jangka sakit esok hari. Maka, berbaktilah selagi mampu."
p/s : **Terima kasih pada semua yang banyak memberi semangat, kata2 perangsang dan menjadi pendamping kami semua sewaktu kami jatuh. Terima kasih tak terhingga atas doa2 kalian. Kami doakan, agar semua yang membantu akan mendapat kebahagiaan daripada Allah. Buat selama-lamanya :D I LOVE YOU ALL.
sincerely by,
ME :D
~manusia dan air mata adalah sahabat baik~
No comments:
Post a Comment