Friday, June 22, 2012

Membentuk SIkap Positif Anak-anak

SubhanaAllah, salam sayyidul ayyam buat semua sahabat :)
pada hari penuh barakah ni, suka saya nak berkongsi tentang 1 isu mengenai
"membentuk sikap positif anak2x"
Perkongsian ni, saya peroleh melalui pembacaan dan kesimpulan saya daripada majalah SOLUSI isu No.4 :)

*walaupun saya hampir belum berkahwin, saya berharap, suatu hari nnti,  bila saat sy punyai anak2 sendiri, saya dapat apply kepada mereka, insyaAllah. malah, sikap ini bukan hanya diterapkan pada anak2, malah untuk diri remaja itu sendiri :)*

masih REMAJA atau sudah AWAL DEWASA ?
kita ni, sebagai remaja, umur pon dah makin meningkat, banyak perkara dan ilmu yang perlu kita tuntut untuk penuhi dada kita.. sekarang ni, saya amalkan, sekurang2nya, sehelai muka surat sehari buku agama yang akan saya baca. xkesah lah buku tu tntag akidah ke, akhlak ke apa ke, janji berfaedah untuk kehidupan saya..
bukan apa, ilmu tu, xkan datang sendiri, jika kita tidak mencarinya. jadi, disiplin dalam diri tu penting, sampai bila kita nak jadi remaja yang terus hanyut dengan perkara duniawi serta mengabaikan ilmu2 asas muslim. jadi, ayuh sahabat! mari berubah ^_^

"knowledge doesn't comes to us, until we find them" -ME-

baiklah, berbalik kepada tajuk post, banyak faedah kalau kita ajar anak2 kita untuk:

"MEMBELA HAIWAN dan MENANAM POKOK"

antara faedahnya ialah :

1) melatih anak-anak menjadi insan bertanggungjawab
2) melatih anak-anak menyayangi makhluk Allah yang lain
3) Mewujudkan suasana harmoni dan bekerjasama
4) Mengajar anak-anak bahawa buat baik akan dibalas baik
5) Mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti berfaedah
6) Anak tidak akan lepas berkawan atau bergaul dengan kawan2 yang hanya membuang masa
7) Mendidik anak2 rase bersyukur dan memanfaatkan apa yang dikurnia Allah ( haiwan dan tumbuh-tumbuhan) untuk manfaat dan kebaikan manusia

"jadi, sebagai bakal ibu bapa di luar sana, mari kita terapkan cinta, kasih sayang akan haiwan, tumbuh-tumbuhan kepada anak2 kita, bukan hanya anak2 kita, malah untuk diri kita sendiri :) "

*ok, bertekad nak g kedai beli biji benih, nak  tanam pokok kat tepi tingakp . hee :)

gambar ni saya ambil daripada satu blog belog ibu comel :)sangat suka baca blog beliau :) membesarkan anak di luar negara, banyak cabaran yang dihadapinya.



ok2. jadi, jom kita menanam pokok dan semai rasa sayang pada haiwan, hehe ^_^

reminder today :

Imam al-Ghazali memberi panduan :
"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati! "

Naudzubillah. perbaiki diri :)

*baru dapat tau result PISMP sem 1 tadi, alhamdulilah, rumet dapat 3.90 dan aku dapat 3.86 .. first n second highest in batch. alhamdulilah YA ALLAH ^_^
alhamdulillah, insyaAllah dpat anugerah pengarah (DEKAN) :)



sincerely,
ME ^_^

1 comment:

dheera said...

nice sharing dear. jazakillah khairan! congrates anyway!