Showing posts with label Teacher's Life. Show all posts
Showing posts with label Teacher's Life. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Jadi Wanita Ni...

salam readers:)
saya rase nak bg motivasi dan peringatan pada diri sendiri :)
rase nak bermadah sikit malam2 ni :)


Jadi Wanita Ni,
TAK SENANG, TAK SUSAH..
Jadi Wanita Ni,
kita yang corakkan, siapa kita dan bagaimana kita nak jadi.


Jadi Wanita Ni,

nak masuk syurga senang je.
Jaga 4 Perkara yang Nabi Muhammad p.b.u.h cakap,
dapatlah perform.
Pertama,
Jaga solat 5 waktu, saat wanita sibuk dengan dunia, solat jangan lewat2,
lewat macam mane pon, shopping ke, tgok wayang ke,
jangan jadikan alasan nak perform solat
jaga solat, sorga menanti.
Kedua,
Puasa Ramadhan,
memang perempuan selalu ABC tapi jangan pulak lupa ganti puasa2 yang ditinggal  tu,
Ketiga,
Memelihara maruah.
wanita boleh berani, tapi jangan terlalu berani sampai membuang ke tepi perasaan malu,
kerana, maruah wanita adalah yang terpenting sekali,
Maruah dan memelihara kemaluan itu amat berkait rapat yer anak2.
dan Keempat,
merangkap yang terakhir sekali,
menjadi isteri yang Taat kepada suami,
part ni, antara yang penting, kerana,
perkahwinan bukan hanya menghalalkan hubungan suami isteri sahaja,
tetapi sebagai satu platform yang mana, dengan taatnya seorang isteri kepada suami,
ia adalah suatu jalan menuju ke syurga :)
Jadi, lengkapkah kita untuk menjadi wanita penghuni syurga ?

Jadi Wanita Ni,

selalu kalah dengan mainan emosi,
(ni isu perempuan kuat layan perasaan)
perempuan kuat merindu,
kalau x dengar sehari kata-kata sayang daripada kekasihnya, dah syak dia x disayangi lagi,
perempuan kuat cemburu,
tengok orang lain ada anak anak banyak,
mesti nak berusaha dapatkan lebih banyak *ini penulis gurau,haha
cemburu di sini, membawa konteks dalam alam percintaan,
perempuan kalau dah cemburu, ditanya apa, semua x nak dijawab,
kalau tengah cemburu, muncung panjang ke depan,
siap boleh buat hanger baju pegi kuliah,
jangan salah tafsir dan salah guna emosi yang dah diberikan,kerana..
emosi yang banyak dalam jiwa wanita mempunyai tujuan kewujudannya,
di sebalik kesemua emosi ini,
menjadikan seorang perempuan itu bernaluri seorang ibu,
kerana, sikap mainan emosi, toleransi dan kasihan yang menbuak-buak ini lah ,
yang menjadi satu pelindung kepada anak2 kecil,
mangsa-mangsa marah berangnya seorang lelaki bergelar ayah yang letih pulang dari kerja,
emosi2 yang wujud ini jugalah yang menjadikan, suatu drma yang dilakonkan dapat dihayati.
Jangan salahkan jantina mengapa anda jadi emosi begini,
Emosi boleh dikawal dengan rasional yang ada,
Ya. itulah pentingnya rasional, jangan bersikap terburu-buru dalam MELAMPIASKAN RASA,
JADI WANITA KENA BANYAK BERSABAR
kerana, ketahuilah bahawa, lelaki berjiwa lurus, jadi, jika anda merajuk misalnya,
jangan terlalu mengharap akan ada yang memujuk,
akhirnya, anda akan memujuk diri anda sendiri :)
(diingatkan sekali lagi, ni bukan pesanan atau ingatan  tentang cinta cintun or so on.it's about WANITA)
selagi ia x perlu, jangan melebih2 dan mengada2 dalam bermain emosi,
kawal emosi, fokus minda, atasi kontroversi, dan teruskan perjalanan hidup :)
kerana lembutnya Sumayyah menghayun buaian, boleh juga menggongcang dunia **lirik nasyid

Jadi Wanita Ni,

Rajin itu menjadi asas seorang wanita.
penulis terjumpa 1 ayat yang buat penulis rase ia sangat2 kelakar. 
"Perempuan comel .. mata besar2 .. suara manja .. tak pandai masak .. yang dia pandai main twitter ..kahwin nanti suami dia makan lappy"
Ayat di atas, penulis jumpa di dalam laman twitter, waktu tu, kebetulan terbaca,
adik2 belasan tahun yang tulis ayat tu, walaupun ayat tu macam kelakar dan macam adik2 punya ayat,
tapi ia cukup mendalam bagi penulis.
Mengapa?? ayat terakhir tu buat penulis terfikir,
"adakah lappy boleh dimakan? ohh, tidak sama sekali :)"
haha, jadi, rajin tu sebenarnya kunci segala2nya,
memang ada orang kata " ala, memasak boleh blajar lah"
ok, ni memang penulis sokong 120%.
tapi, percaya x, bila penulis sendiri hadapi saat2 genting yang memerlukan keterpaksaan memasak di rumah,
apa yang dapat penulis katakan adalah,
TEORI SAMA SEKALI TAK BERGUNA WAKTU ANDA TENGAH PRAKTIKAL !
ingat dah, ok, fine, masuk santan pas dah kuar bau (teori)
time (praktikal) .. eh, bau apa ? tadi cam dah berbau . bau ape ? bau yang ni ke? hmmm, 
nampak ? banyak x persoalan yang menyesakkan minda anda ketika itu ?
jadi, berbalik kepada point "Rajin" dia atas, dapat penulis katakan,
jadi wanita, kena rajin, lau x mencuba, mana mungkin boleh pandai secara tiba2,
umpama buat "ting!" yang tbe2 boleh menghebatkan seseorang -.-'
kalau sekadar dok hafal menu itu, menu ini, dan x pernah pon nak mencuba,
serius,, usaha menghafal anda adalah sia2 
**kenapa tiba2 macam ceramah plak ni -.-" kat atas bermadah, huish,.,.


Jadi Wanita Ni,

kena pandai urus akal,
"Allah tidak memberi anugerah kepada manusia,
melainkan suatu anugerah yang lebih baik dari akal dan adabnya,
kedua-duanya adalah keindahan pemuda,
Jika tiada, maka kematian lebih baik untuknya" 
Ayat yang penulis petik daripada buku "77 Tip Melembutkan Hati Lelaki"
percayalah, akal yang tuhan beri tu, kena pandai guna,
adakah hidup kita sebagai pemuda dan pemudi hanya untuk terus dari bangun pagi,
menghadap komputer riba, diteruskan dengan bermain pelbagai 'game'
dan masa seharian dihabiskan sebegitu sahaja.
adakah ini realiti kehidupan anda?
haish, jadi wanita kena pandai urus akal,
gunakan kreatif yang dianygerahkan tu,
untuk menerobos bidang perniangaan misalnya,
saya mengangkat sahabat2 saya yang menceburkan diri dalam menjual shawl2 atau tudung2 misalnya,
apa yang dapat saaya katakan,
inilah wanita yang kita nak lahirkan !!
bukan yang hanya tahu makan masakan mak setiap hari ! *terkena diri sendiri :'(
cuba reflek semula diri kita,
sejaoh mana kita sebagai wanita,
berguna kepada orang sekeliling kita ?
adakah dengan ketiadaan kita, orang akan merasainya?
ataupun, orang lebih gemar jika tiada terus kita di sekeliling mereka ?
siapa kita ?
dan di mana kita berpijak ?
hidup sebagai wanita adakah hanya mahu menagih cinta lelaki ?
tanpa mahu berusaha sendiri membina keyakinan dalaman sendiri ?
Nampak, banyakkan persoalan yang belum terjawab.
ohh ! bangkitlah wahai wanita.
jadilah seperti seorangIBU
hadirnya disenangi, hilangnya dirasai
tiba2 ade wanita menjawab "tunggulah aku kahwin, nanti jadi lah juga ibu"
konteks "IBU" di sini bukan orang yang dah kahwin, ade anak, then dan berkeluarga,
"IBU" di sini, adalah..
yang bila mana, waktu dia x de di rumah, dah magrib pon, tingkap masih terbuka ,
sebab ape ? oh,, baru sedar, selama ini, ibu yang buka dan tutup tingkap tersebut.
tengok pinggan x terbasuh, sebab ape ? oh, baru ingat, selama ni, ibu yang buat.
SEE, betapa kecil isu buka tutup tingkap ini,
namun memberi impak yang sangat besar kepada orang sekeliling,
inilah yang kita panggil, WANITA HEBAT :')
wanita remaja, jadilah bakal2 ibu yang pandai urus akal, serius :) seruan ini, saya buka kepada diri saya juga.
**nota : Akal adalah pelita yang tidak kelihatan,hiasan yang tampak, pengatur diri, dan pemantau urusan seorang hamba. Kehidupan tidak diperbaiki tanapa akal dan urusan hidup tidak berjalan sempurna kecuali berdasarkan akal

 Jika tiada satu pon ciri di atas adalah diri anda, dan anda claim anda adalah wanita yang Daebakk ! maka boleh saya katakan anda maksum ~ mana mungkin manusia sempurna dan terlalu sempurna ? mustahil.
Jadi, walaupun tak semua di atas adalah diri anda, ambillah sedikit wadah ini sebagai pengubat hati yang lara.

tepat pada muka :") shoot~

p/s : jangan kuat sangat cemburu, kesian kat kawan tu -.-"

sincerely,
ME :D
*bilamana kita dah berjanji, insyaAllah, kita perlu tepati :)  
selamat malam wanita di seluruh dunia :) esok kena bangun awal siapkan nasi lemak untuk famili. oyeaah ~ 
 


Monday, February 4, 2013

Dakwah Street Perlis #2

salam readers..
Dakwah Street Perlis..

hampir seminggu lebih, baru ni ada masa nak update sambungan cerita dakwah street, Perlis.. Salam Maulidru Rasul (harap2 masih x begitu lewat utk wish)

selepas kami solat zohor berjemaah di atas, bangunan Unimap, area Kangar Perlis,
Kesemua kami, akhwat dan ikhwah bergambar sebagai memberi semangat juang sebelum pergi menyebarkan dakwah..
JUga sebagai kenang-kenangan untuk menyuntik semangat berjihad di kalangan para remaja itu sendiri.

wajah2 akhwat yg berkesempatan mengikuti program dakwah street,perlis #tempat solat bangunan atas UNIMAP
 Kemudian, kami pon bergerak mengikut zon-zon yang telah diagihkan..
Setibanya saya bersama ahli kump saya (izati,syabil dan syafiq) ke tmpat sasaran,
Jujur saya katakan, kami agak gentar untuk memulakan misi.
Lagi2 apabila kami melihat sekumpulan orang2 non-muslim yang sedang berehat2 di gerai sambil bual2 waktu tgah hari itu..

Akhirnya, setelah kami berbincang beberapa minit, 
kami telah membuat keputusan untuk menyapa mesra sekumpulan golongan tua non-muslim itu,
Dengan berbekalkan beberapa dialog yang telah dihafal, kami cuba untuk aplikasikannya ke dalam situasi sebenar..

Antara perbualan kami,,
1) Aunty tahu x, ari ni cuti umum sempena apa ?
2) Aunty kenal x siapa Prophet Muhammad p.b.u.h ?
3)5 amazing about Prophet Muhamad p.b.u.h :
   a- Prophet Muahmmad bukanlah orang yang menemui Islam pada mulanya
   b- Prphet Muhammad bukan hanya untuk umat Islam, tapi untuk sekelian alam.
   c- Prophet Muahmmad ajar tentang keamanan, cinta dan pertolongan
   d- Prophet Muhammad merupakan Prophet yang terakhir
   e - Prophet Muahmmad tersenarai antara yang berpengaruh dalam sejarah menandingi     
        Mother Teresa, Jesus, Gandhi, Nelson Mandela dan lain2 lagi

Apa yang pembimbing kami tekankan adalah, sekurang2nya, kami dapat menyampaikan serba sedikit mengenai Prophet Muhammad..

*****CERITA #1 aunty Indian*****

Saya ingin bercerita 1 daripada pengalaman saya ketika melakukan Dakwah Street tempoh hari,
saya sangat tertarik dengan seorang makcik India ni.. Dia sangat mengetahui banyak tentang Islam..
Beliau mengatakan bahawa, Pophet Muhammad sangat baik, suka kucing, kahwin dengan perempuan2 yang memerlukan pertolongan.
Pada saya, ia suatu ilmu yang cukup mengagumkan, kerana mak cik tu terang2 bukan beragama Islam, namun dia sendiri kenal bagaimana peribadi Rasulullah.

Tertarik saya dengan salah satu isu yang kami bincangkan. #ISU POLIGAMI#
Aunty tersebut seperti tertanya2 mengapa lelaki dibenarkan kahwin 4, masakan wanita tidak dibenarkan sedemikian. Isu ini adalah rentetan mengenai Prophet Muhammad yang mengahwini lebih daripada 1 wanita.

Saya dengan yakinnya, mengingati semula jawapan yang diberikan oleh Brother Lim ketika ceramah Perbandingan Agama di Masjid Hijau tempoh hari..


Ni antara aunty India yang sangat tahu dan faham mengenai Islam
 Perbualan saya dengan aunty tersebut mengenai #ISU POLIGAMI

saya  : Mesti aunty tertanya2, mengapa Lelaki boleh dibenarkan kahwin 4 kan ?
aunty : Ya, mengapa ?
saya  : Sbenarnya aunty, ada sebab mengapa lelaki dibenarkan kahwin lebih daripada 1. 
            Cuba aunty imagine, aunty ni seorang wanita yang sangat popular. Jadi, suatu hari, 
            aunty kahwin dengan 4 orang lelaki. Sampai 1 hari tu, aunty mengandung.. Aunty 
            agak2, aunty dapat x tentukan siapa bapa kepada anak tersebut ???
aunty : *terus mendengar....*
saya  : Berbeza pula dengan situasi jika 1 laki, 4 perempuan.. Kesemua anak yang 
            dilahirkan adalah menjadi waris/anak kepada lelaki tersebut. Inilah hikmah mengapa 
            POLIGAMI dibolehkan dalam Islam hanya kepada lelaki sahaja. Ini adalah bagi 
            mengelakkan berlakunya kecelaruan identiti anak yang dilahirkan.


Ni ahli kumpulan saya,,, Izati, Syabil dan Syafiq ketika sedang menyampaikan maklumat tntang Rasulullah kpd non-muslim
Setelah selesai menerangkan perkara tersebut,aunty kelihatan seakan bersetuju dengan hujah yang diberikan. Alhamdulillah, saya sangat gembira dapat menyampaikan hujah tersebut, walaupun secara yang aslinya bukanlah daripada ilmu saya. Saya hanyalah sebagai medium penyampai sahaja.

*****CERITA #2 uncle Chinese***** 

Isu #semua agama menekankan dan mengajak ke arah kebaikan..
Inilah yang diutarakan oelh uncle tersebut. Hinggakan saya, dan semua ahli kumpulan saya kelu hendak mengeluarkan hujah dan memberi pandangan..
X dapat dinafikan, kesemua agama mengajak ke arah kebaikan,
Malah, uncle tu, siap bagi kami ole2, buku Tzu Chi, iaitu buku Buddha yang merupakan kelab kemasyarakatan yang sentiasa membantu orang lain..


Persoalan ini masih tidak dapat dijawab oleh kami.. dan, insyaAllah, saya akan refer semula kepada Brother Lim dalam perjumpaan kami pada 6 Feb (Rabu) bagi sesi post-mortem..
Saya sangat berharap agar dapat merungkai bagi perosalan ini.
Bagaimana cara untuk menyakinkan mereka bahawa, tetap ada bezanya ??


Ohhh.. itulah anatara masalah2 yang saya hadapi sepanjang Dakwah Street Perlis dijalankan..
Ada juga, pekedai2 yang tidak menerima kehadiran kami dengan mesra,,
Terpancar wajah ketakutan daripada riak muka mereka..
Awal2 kami dah cakap "kami datang bukan nak jual ape2 produk"   =.="



Ni lah ole2 yg kami dapat daripada sorang uncle, penganut Buddha yg tegar
Daripada kesemua pengalaman tadi, dapat saya simpulkan bahawa, betapa susahnya Dakwah yang dibawa oleh Prophet Muhammad dulu di zaman kenabian dan kerasulan baginda..
Kami yang baru hanya 3jam menyampaikan ilmu ni pon, rasa amat susah dan sukar untuk menyempurnakan misi ini..

Jadi, sebagai umat Nabi Muhammad, marilah kita semua mengamalkan selawat dan puji2an ke atas Prophet Myhammad, atas segala nikmat Iman dan nikmat Islam yang dapat kita rasai hingga ke hari ini..

Tiada kata terindah selain "ALHAMDULILLAH" ----> Segala puji itu baliknya pada Allah :)



sincerely,
ME :D

saat kita cuba jadi yang terbaik,
Allah akan hadirkan yang terbaik dan yang sedang berusaha menjadi yang terbaik juga.
Allah maha adil :) Usaha lebih, dapat lebih, Usaha sikit, dapat sikit ..
What u do, is what you get

Friday, January 25, 2013

Dakwah Street Perlis #1

salam readers..
Dakwah Street Perlis..

Pada 24 Januari 2013 (12 RabiulAwal) yang lalu, bersempena dgan kelahiran Prophet Muhammad,
Kami iaitu akhwat dan ikhwah telah mengikut Dakwah Street yang telah dirancang oleh Brother Lim,
Iaitu seorang yang dahulunya Cina dan telah pon convert kepada Islam..
Beliau sangat pakar dalam bab2 perbandingan agama ni.
Di bawah pimpinan Kak Ahnizah iaitu ketua MISI kami,
Kami diberikan 2 kali briefing di Akademi Huda, Arau Perlis..
Pada 21/1/2013 dan 23/1/2013..

Semuanya bermula selepas kami menghadiri 1 talk mengenai "Perbandingan Agama" pada 17/1/2013 yang disampaikan oleh Bro Lim Jooi Soon
di Masjid Hijau, Kangar Perlis yang lalu..
Selepas mendengar talk tersebut, kami diberikan misi bersempena dengan maulidur Rasul yang jatuh pada 24 Jan 2013 yang lalu.. 
Kak Ahnizah ketika memberi Briefing tentang MISI Street Dakwah



Briefing pertama #21/1/2013 *Akademi Huda
Sewaktu briefing diberikan kepada kami, saya terasa diri ni macam Detektif pulak,
sebab, kami diagihkan kepada 4 zon iaitu Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D..
Setiap zon mesti mempunyai seorang ikhwah sebagai ketua untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.. 

Ni lah antara yang join Dakwah Street


Setelah pengagihan diberikan, saya, izzati, syabil dengan diketuai oleh Syafiq telah diletakkan dalam Zon C..
Antara kawasan kami adalah, area Kedai Sport TOTO judi, Perkampungan Cina dan Temple Cina
Dalam perkiraan saya, kawasan ini agak mencabar dan besar dugaannya,
Tipu kalau saya kata, saya xde perasaan takut waktu tu.. 
Memikirkan ini merupakan salah satu kawasan tough untuk sampaikan dakwah, 
Saya hanya mampu berdoa..Dalam hati, hanya Allah yang tahu..

**Objektif Dakwah Street adalah :
1)Nak kenalkan siapa Prophet Muhammad (p.b.u.h) kepada orang2 non-muslim
2) Bukan terus nak convertkan orang2 non-muslim, cuma nak bina persahabatan yang baik bersama mereka
3)Akan follow-up beberapa calon yang telah dipilih mempunyai probability yang tinggi ke arah Islam
4) Sebagai latihan kepada remaja dan merasai kesusahan Prophet Muhammad menyampaikan dakwah pada zaman baginda *Praktikal Dakwah

Daripada kesemua objektif tadi, kami pun telah melakukan beberapa simulasi,
Simulasi dijalankan ketika briefing kali ke-2..
Waktu itu, saya dapat watak sebagai Daei dan sahabat saya watak seorang non-muslim yang berminat untuk mengetahui tentang Islam..

Untuk persediaan,
kami telah diberikan step dan teks lengkap untuk sebarang probability yang dihadapi kelak
Malah, sebelum hari berkenaan, kami semua telah membaca banyak bahan mengenai Prophet Muhammad
Waktu tu, saya rasa diri saya sangat kerdil dan betapa banyak lagi ilmu yang saya tak tahu mengenai baginda.


"Don't Blame The ISLAM, Blame the MUSLIM"

Sehari sebelum 24 januari 2013, saya bersama ahli kumpulan saya, telah cuba practice sekerap mungkin agar kami tidak melakukan sebarang isu sensitif ketika menyampaikan dakwah,
Selain itu, kami juga menghafal beberapa soalan "common" yang akan diajukan kepada kami..
Tergelak apabila saya teringat telatah kawan saya, yang mencuba beberapa kali mengikut step yang telah disediakan.. dengan mimik2 muka sekali =.="

Bayangkan sahaja, kita x pernah pon mengenali mereka, Inikan terus kita hendak bercerita tentang sesuatu yang sensitif seperti ini ?? Anda bayangkan perasaan kami waktu tu..
hanya Allah yang tahu..
Hinggalah hari tersebut pon datang..

**24 Januari 2013**

Kami berkumpul di atas Maybank untuk solat zohor berjemaah..
Waktu tu, debaran kian terasa.. 
'Hot Spot' kami adalah kereta kepunyaan kak Ahnizah sendiri..
Di situlah tempat kami berkumpul, dan di situ juga sebarang masalah akan diadukan..


Ni antara akhwat yang paling awal tiba di kawasan MISI.. sebelum solat zohor berjemaah



Sebelum bergerak mengikut zon masing2, kami bersama rakan2 mengikut zon membuat beberapa strategi dan perbincangan..
Ini bukan perkara main2, kerana kami semua membawa nama baik Islam itu sndiri
Jadi, kami perlu membina hubungan yang baik dengan mereka..
Sekali lagi diingatkan, 
"BUKAN nak convertkan orang, tapi NAK Share sesuatu tentang ISLAM dan Prophet Muhammad.."

bersambung pada post akan datang ... "Dakwah Street Perlis#2"


sincerely,
ME
**debaran di hati ini, hanya Allah yang tahu
Pengalaman baru, yang x pernah aku lalui sebelum ini,
Walaupun hari2 ku di kelilingi sahabat2 non-muslim

Thursday, January 24, 2013

#Akhawat tersayang #

Salam readers..
Akhwat tersayang ~~

Tahun ni, genap setahun lebih saya mengenali mereka :')
Sebelum saya mengenali mereka, jujur saya katakan,
Saya rase, jiwa saya seperti kosong.
Hidup saya dipenuhi perkara yang sama setiap hari,
Bangun tido, makan, finish homework, tidy up the room, and same for the next day..

Until, I found dem' :')
Mereka menerima walau siapa pon kita,
Yang paling seronok, semua happening sangat, dan saya dapat banyak task yang perlu diselesaikan.
In 11-12 Jan 2013, all of Us, had finish our "ISK Program" that handle by kakak2 medic
That's a lot of fun :')
I miss all of the moment..


Waktu Muqadimmah. kena tulis nametag. semua nama pelik2, hehe


Ni waktu riadah petang.. kat Gua Cendrawasih :')


Sayang semua akhwat


Misi berjaya !! Selamat mendaki :)


Ukhuwah tu sangat manis :) with my sweet naqibah.


Akhwat2 sedang berusaha sedaya upaya untuk sampai ke pucak gua :)


"Program ISK" means, Ini Sejarah Kita,
saya yang dulunya banyak belajar sirah kat sekolah, tapi x pernah sekali pon,
Saya cuba untuk mendalaminya :')
How sad I'm..
Baru saya tahu, Islam ni pernah menakluki hampir 2/3 dunia ..
SubhanaALlah, sangat hebat..

Islam tu sendiri pernah mengalami zaman kejatuhan dan kebangkitan semula..
Semuanya hasil pejuang2 Islam terdahulu..
Kita seharusnya bersyukur kerana kita telah sedia dilahirkan dalam keamanan..

 Saya sangat admire dgan nama2 besar pejuang Islam.
Antaranya Prophet Muhammad (p.b.u.h) , Muhammad Al-Fateh and others..
Baginda sangat besar pengaruhnya, dan berhikmah dalam dakwahnya..
SubhanaAllah :')

Waktu saya bersama-sama dgan akhwat lain mendaki Gua Cenderawasih, 
banyak yang dapat saya simpulkan :
1) Ketika ada kalangan akhwat yang letih dalam pendakian dan hampir menyerah, mesti ada suara2 yang memberi semangat semula..Itu gunanya sahabat :')
2) Saat ada akhwat yang tertinggal jauh di belakang, pasti suara2 akan disampaikan hingga kepada orang paling hadapan untuk menuggu akhwat2 yang lain di belakang.. Jangan pernah tinggalkan mereka tercicir daripada perjuangan akhwat ini..
3) Bila kita ramai, kita akan rasa kuat dalam kebersamaan kita .. Ukhuwah itu manis jika dibina berasaskan cinta kepada Allah :')
Dakwah itu payah, namun dgan adenya kebersamaan, insyaALlah pasti berjaya

Hadith :
"Manusia seperti LOGAM, terpilihnya mereka semasa jahilliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham" 


Banyak perkara yang saya suka mengenai mereka,,
Saya suka perangai kelakar mereka,, haha.. selalu buat saya tergelak sorang2 bila teringat telatah masing2..
ada yang nak jadi musang yang tamak lah, ada pulak yang jenis cakap kemas
hahaha,, memang macam2 perangai mereka. Tapi, "HUJAN BERUK" di Gua Cenderawasih antara yang best dalam kenangan.. macam kami dikejar musuh yang ganas. hehe..
 
Apa2 pun, dapat saya simpulkan daripada apa yang kakak2 fasi sampaikan, daripada Sejarah Silam itu sendiri, kita dapat mengenal, siapa diri kita, dan siapa kita yang akan datang. Allah adalah penentu segala, tapi kitalah yang mengatur di mana jalan yang akan kita ambil..
Finally, I found something, hidup di dunia bukan hanya itu dan ini :')
At least we have something that can help defends us THERE.. 
wake up SHASHA ! wake up teenagers T.T
 

Pesan akak :
     "KAmbing seekor lebih mempunyai probabilti untuk dibaham musang berbanding sekumpulan kambing yang sentiasa bersama-sama dalam misi perjalanan mereka"
Begitu juga da'wah.. Bersama-sama, walau sedikit, akan membuahkan sesuatu yang besar..

 **yang paling penting, semuanya bermula daripada diri kita sendiri. Tarbiyyah diri dan penuhkan Mutaba'ah harian dulu.. Astagfirullahala'zim3x..


sincerely,


ME


**We do many kind of things so we can forget all the sadness**

Thursday, December 6, 2012

Jiran2 bilik saya :)

salam readers,
wahh..
cuti yang sangat panjang :) ape2 yg saya buat ?
haaa. ape lagi, pergi bercuti,, main dgan adek2,,
hehe,, banyak lah kan :)

tgah cuti2 ni, rindu pulak pada jiran2 yg tercinta, haha.
sempena ari Jumaat yang penuh barakah ni,
saya nak cerita lah sikit jiran2 bilik saya kat IPG yang sangat2 awesome :)

NI lah jiran2 kesayangan saya :) dari kiri, kak aisyah, ain rumet saya, kirah dan yana manje 
^_^
1-kak SITI AISYAH ISMAIL SHAUKI (kelantanese) **kakak yg sgat banyak mengalah :) 
2-WAN ZURAIN JAWAHIR WAN AZMY (kedah) **rumet yg sgat memahami,byak m'bmbing
3- NORSHAKEERAH ABEDU RASHID (perlis) **jiran yg ckup ceria, dan sgat penyabar :D
4- SITI NURLIYANA SAMSULBAHRI (johorian) **jiran tmpat saya bergaduh,nagis,ketawa ;)

Ni gambar saya dgan jiran2 saya, rindunya kat dorang semua :')
huhuuu,, ape2 pon, saya sayang sangat2 kat mereka semua, result exam dah nak keluar, saya doakan, semua kami berjaya dgan jayanya, amiin :')

-->kepelbagaian tu sebenarnya menyinarkan 1 ukhuwah yang kuat antara kami. saling melengkapi dan tegur menegur..Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku orang2 soleh ini di sekelilingku :') <---->
haha. tergelak tgok gambar ni.. gambar yg diedit guna phone yana.. KEPALA BESAR, BADAN KECIK.. happening sangat ^_^

sincerely,
ME :D
when we talk about marriange, that's how we showed it :)

Tuesday, November 20, 2012

sayang mereka :') *how I describe THEM*


----- POST YANG SANGAT LAME SIMPAN DALAM DRAFT T.T -------


pejam celik , pejam celik, sekarang jam menunjukkan pukul 12.45 pagi. nanti saya nak tido, dan esok adalah malam ke 23 Ramdhan,cepatnya masa berlalu, Ramdhan dah hampir meninggalkan kita :') ooohh,, rindunya.. insyaAllah, saya akan dapatkan malam lailatul Qadar tu, amiin :)

Sebelum tidur, saya belek2 gambar kawan2 kelas saya, suka saya untuk describe mereka seorang demi seorang ,, sayang x terkata kepada mereka semua, saya dah anggap mereka semua macam adek-beradek saya sndiri :')perangai yg mcam2,, kelas saya ada 12 orang Perempuan dan 7 orang lelaki.. :) DESCRIBE mereka mengikut apa yang saya rase, dan saya x ikut susunan pon ni, main upload je :)hai, nama dia patricia jong wan syn, dia sangat lemah lembut orangnya, dan dia sangat komited dalam kerja, dia orang Sarawak, dan sangat berdikari, dia juga, suka senyum, saya bagi gelaran RAJIN kat dia, haha,,dia ni,, yang saya tahu, dia xde pakwe lagi, so, sape2 nak tu, boleh lah calling2, hehe,, gurau je ^_^ papepun, dia antara pelengkap kelas saya :)DALAM KENANGAN :') SAYA RINDU DIA, BUKAN SAYA SAHAJA, KAWAN2 SEMUA PON, pernah rapatdengan dia dulu, dia sangat cantik, dan baik hati, ape2 pun, walaupun di mana dia berada, kami doakan kejayaan dia :')nama dia thilaka,,, dia orang yng confident,, dia comel, dia cute, macam saya, hahahaha,,dia ni,, rajin orang nya, dan, dia sweet jugak, dia agak pendiam,,tapi, boleh je ajak bersembang, saya suka dia , sebab dia slalu tlong saya dalam English ^_^
ni nama dia apeng, dia sangat CUTE , serius, dia jarang marah :) dan, dan, dia sangat2 banyak membaca, bahan dia x yah cerita, mesti berdosen2 nota dia, haha, kalau asigment grup dengan dia, conform tebal, hahahaha, dan, dan, dia ni, ade aje idea unik2, dan, dia juga sangat gentleman, kalau pegi kedai dengan dia, dia suka angkatkan barang, jadi, bila keluar dengan dia, best sangat ^_^ hehe,, saya suka kawan dengan dia, sebab dia besar, rase selamat kot, haha

EVIL LAUGH..name dia navanitha, hahahahaha,, dia ni, awek hot, hehe, saya suka kawan dengan dia, hehehehe, dia ni, tangkachi, kekeke,, dia ni, macam pendiam, tapi bila sembang, perghh, pecah kelas, gelak dia, xyah ulas lah, haha, gelak dia serius sangat2 kuat dan dia slow respons sket, slalu orang dah abes gelak, baru dia nak gelak, haha, dia seorang yg snagat menjaga pemakanan, selalu sit up maintainkan flat tummy katenya, hahaha

Hai,, nama dia galin, dia ni lahir 1991. jadi, dia kakak saya :) dia sangat baik hati, dia berasal daripada Sabah,, orang panggil dia "Ular Sawa" sebab lepas makan, dia suka tido :P haha, saya selalu duduk lepak bilik dia, sebab, dia sangat baik, haha,, pada saya, dia ni matang dan selalu mengalah, ye lah, kan dia dikelilingi adek2, so, dia lebih banyak mengalah , syang dia :') huhu. dia suka melukis dan dia juga sangat kreatif. saya suka quotation2 yang dia tulis, malangnya, semua quation tu x LAYAK masuk dalam asigment :P haha

Sweet :) itulah yang dapat saya gambarkan kepada seorang gadis Sabahan ini :) dia pon tua setahun jugak daripada saya.. Pada saya, dia lebih pendiam berbanding classmate saya yang lain. dia spt ade dunia dia yang lain, hehe, no komen :P erm,, pada saya, dia juga seorang yang matang, dan seorang yang baik hati, hehe


Haha, tgok je sampai turn budak ni, x sabar nak describe, banyak sangat, haha, dia ni, name dia syafiq, same nama arwah abang saya :') dia pon tua setahun drpd saya,, apa yang dapat saya katekan tentang anak Terengganu ni, dia sangatttt nnakal tapi bukan jahat, haha, kadang2, rase dia ni x tau menda, hehe, tapi, kalau bab2 debate, teater, bg je kat dia,,dia suka ajuk dan tiru gaya orang, ish2, sangatt la budak ni,haha, dlam ketidakmatangan dia, saya dapat lihat 1 personaliti yg baik ade pada dia:) ade jugak personaliti serius dlam diri dia, cuma dia pndai selindung.. sebenarnya, bila rapat dengan dia, suka bila share cerita, dan, dalam proses "tlong" dia , semoga ade berjaya benda tu ^_^ orgnya penghibur kelas dan sangat ceria,, papepun, semoga dia bertemu dengan jodoh yg Solehah, amiin :) suka bila mengusik sebab dia sangat baby face


Owh,, hahahaha,, tgok gambar pon dah boleh tau kan perangai dia, adoi,, dia ni orang Pahang,, saaaanngggaaat nakal, dan ada kalanya, menakutkan, haha, ak gelar dia "IKUT MOOD" , dia on off sket mood,lau dia badmood, jangan kacau, hehe,, apa yg saya dapat tgok dia ni, boleh tahan la, HANDSOME gak *pengsan* , haha, dan, suka kawan dgan dia, kalau betol2 kita dekat dengan dia, dia ni manja dan, dan, NAKAL, haha, sekian ~ohh lupa nak promote, dia ni kuat berblogging, nak jd top blogger katenya, haha, so pormote sket blog edy


owwwh, name dia faiz, dan, dia ni budak Terengganu, saya gelar dia Tikus Mondok, haha, sebab ape ? dia panggil saya Penyu, *suka hati dia je*, kalau dia bukak spek, macam Tikus :P hehe, erm, apa yang saya dapat describe dia ni, kalau orang x kenal dia, mesti cakap dia pendiam, tapi, bila kenal dia lame2, pada saya, dia sederhana,kire boleh jugak dibawak berguarau lah jugak,, dan, ada mase dia nakal, ada masa dia serius, dan, menakuttkan pada saya :P kadang2, emm..haha, bolehlah,,IMAM MUDA gelaran dia.. pada saya, dia sangat menghormati prinsip saya,, sebab dia sangat2 menghormati kami sebagai perempaun, dia suka bawak kereta laju,, haha, dan, dan, dia baik orangnya :)

Alahai budak ni, haha, G geropes namanya, dia sangat, sangat, sangat , sangat hyper active, sengih je keja, dan, dia sangat heppy go lucky :) dia budak Sabah dan lahir 1992, hoho, dulu dia gemuk sekarang dah kurus, tahniah2, haha. dia ni, kadang2 nakal, kadang2 protective orangnya, kalau kenal lame2, serius, bAIK :) dia mempunyai personaliti yang wahhh, bagus :) dia ni agak berjimat orangnya, mata duitan kah ? owh, xpasti, haha, papepun, dia kuat berbisnes, G TOPUP~


Owwhh, owwwh, kakak sabahan ku ini sangat suka menyanyi, haha, dan, dan, dia sangat garang, sangaaatt, tapi, bila rapat dengan dia, sebeenarnya dia MANJA, hehe, kantoi :P dia ni, nmpak je slalu nak marah, tapi, sebenarnya, dia sayang kat kita, serius :) dan, dia pon lahir 1991, so, tua setahun, dia ceria selalu, dan jarang nmpak dia sedih, bilik dia adalah markas saya, :)


boss :) saya sayng dia, orang kate dia garang, pada saya, dia x garang, dia sangat sweet :) dan sangat2 rajin, saya sayang sangat kat dia,, dia antare kawan terbaik saya :)dia suka datang bilik saya timbang berat, dan, dan, saya suka bila petang2, dia datang bilik saya, cerita pasal "someone" dia, dan, dan, saya sangat suka bila dia beri kepercayaan pada saya, dan, saya sedia je bagi dia telinga :) I LOVE HER

nama dia kau yee, hahahahaha,, boleh lah, sangat2 bertenaga,, erm, dia kadang2 matured, kadang2 macam childish, depend on situation, papepun, dia sangat2 banyak idea, hahaha..dia selalu main bola keranjang,, dia healty person :)
kak lina, kakak yg banyak membantu saya menjadi seorang yg dwasa, orang yg mengajar saya erti disiplin, yang selalu ingatkan saya tentang kelas, dan asigment, kakak yg selalu tegur saya kalau saya buat salah, kakak yg banyak bantu saya waktu saya susah, kakak yg saya sangat2 sayang, kakak yang sopan, dan, dan, saya sayang dia :') semoga 1 hari nanti, saya dapat jadi lemah lembut macam dia T.T
mula2 ingatkan dia ni pendiam, rupa2nya,, boom ! haha,, sangat2 nice orangnya, cute like heroin korea lohh :) dia rajin, what can i say about her, i like being fren wif her ^_^dia sangat rapat dengan pat, dia sangat cute, dia manje, kalau kita pandai kawal dia, dia baik dengan kita, dia perlukan orang selalu bersama dia, dan, dan, saya sayang dia :))
hey shy shy cat ! hahahahaha,, orang selangor, erm,, bila grup dengan dia, sangat best, dia agak manja,, bila kita kenal dia betul2, dia manja sebenarnya,, dia ni, kita kena slalu pandu, dia rajin,, dan selalu kita kena bagi arahan kat dia, dan, dan, dia suka datang bilik saya, hahaha,,dia datang bilik saya cari ape ? cari tat nenas je kerja, haha,, dan, saya suka bila dia selalu tlong saya dalam subjek English, sebab, dia sangat2 hebat english,,,
wan, lelaki yang pada saya, TENANG, COOL dan SANGAT WARM,, serius :0 bila dia ade, cnform keadaan jadi ok, dan, saya suka bila dia slalu tlong saya, dia tlong beli tiket, teman pergi balik dr selangor-perlis, bila dia ade, rase selamat, dan, dan, suka bila nampak kesungguhan dia , dia sangat bertanggungjawab, serius x tipu ! macam seorang ABANG, serius, xtipu, huhuhu,, dan, dia sangat bagus bab2 buat kerja ni, dia pandai jadi ketua, sebab, dia bukan hanya mengarah, malah dia jugak akan turun padang buat kerja, ape yg saya nmpak lagi tentang dia, ade ALIM di sebalik dirinya tu, serius :)
sayangku :') saya rapat sangat dengan dia, selalunya, banyak rahsia kongsi dengan dia, dulu, dia x matured macam saya, sekarang, dia makin matured, saya je still di tangkuk lame, teruknya saya ni T.T dan, dan, dia ni, kalau marah, garang tau, haha, dia sebenarnya manja, kalau buat kerja, kita kena yakin dengan dia, sebab, dia sebenarnya buat kerja sangat bagus,, cuma kita yg perlu tanamkan keyakinan tu pada dia, kalau kita x yakin dengan dia, cmne dia nak yakin dengan kita ? what cam I say about her, saya x pernah lupa doakan dia dlam stiap doa saya :') serius,saya sentiase doa dia bahagia dengan sape2 yg bersama dengan dia, slalunya,, saya akan datang bilik dia , tapi tu dulu, skang bilik kami jaoh, jarang jumpa :') xpe, memories are always in my heart, sayang ^_^

**ape2 pun yang berlaku, saya sayang mereka semua, saya mintak maaf sebab saya selalu mess up pelik thing kat mereka, nakal lah saya ni T.T saya cuma harap 1 je, saya harap, walaupun kami gaduh, kami sayang, dan kami suka, saya harap persahabatn ni sampai akhir hayat, sebab, we like siblings and air dicincang x kan putus ^_^ terima kasih sebab masuk dlam kamus hidup saya :')

sincerely,
ME
*who ever u're, i will always accept the colour of urs ^_^